Memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas sangatlah dituntut di dalam Islam. Seperti mana pesan baginda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Mukmin yang kuat lebih disukai Allah Taala daripada Mukmin yang lemah. Namun kedua-duanya ada kebaikan di sisi Allah.” Oleh kerana itu, aktiviti sukan dan riadah adalah penting kepada setiap manusia dalam membina kekuatan dan ketahanan fizikal.
Justeru, dalam usaha untuk menggalakkan golongan remaja wanita dan beliawanis beriadah secara sihat, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Seremban dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan, mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Remaja Dan Belia 2009 buat julung-julung kalinya seperti berikut:
TARIKH: SABTU, 4 APRIL 2009
TEMPAT: STADIUM TERTUTUP PAROI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
MASA: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
YURAN: RM100 SETIAP PASUKAN
Kepada para remaja dan beliawanis di sekitar Negeri Sembilan dan kawasan yang berhampiran yang berminat, ayuh sertai Kejohahan Bola Jaring Remaja dan Belia 2009. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, Allah SWT merahmati kita semua. Borang penyertaan dan pamplet program boleh diperolehi di sini. Pastikan anda mematuhi semua syarat pendaftaran dan peraturan pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup penyertaan pada 2 April 009.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung Kejohanan Bola Jaring Remaja dan Belia 2009, sila hubungi wakil PEMBINA Negeri Sembilan iaitu Puan SURIA IRDAYU BT AHMAD ZAIDI (019-2759117) atau wakil KRIM Negeri Sembilan iaitu Puan KASLAWATI BT KASSIM (019-6230101).










Komen Terbaru