Beliawanis PEMBINA Bersama Bakal Jururawat


Pada 14-15 Mac yang lepas, PEMBINA telah menganjurkan sebuah program perkhemahan ibadah selama 2 hari bagi pelajar-pelajar tahun 1 Kolej Kejururawatan Murni seramai 122 orang, di kolej tersebut di Putra Nilai, Negeri Sembilan. Program Perkhemahan Ibadah Kolej Murni yang bertemakan “Syurga: Destinasiku”, ini diadakan sebagai penutup bagi siri-siri kuliah siri pembangunan insan yang dikendalikan oleh Biro Beliawanis PEMBINA Pusat. Program Pembangunan Insan ini merupakan antara aktiviti ko-kurikulum pelajar Kolej Murni di mana PEMBINA Pusat telah diberi kepercayaan untuk menyediakan modul untuk program tersebut yang merangkumi kuliah setiap dua minggu dan diakhiri dengan perkhemahan ibadah di akhir semester.

Pada hari pertama, program ini dimulakan dengan slot Team Building. Majlis perasmian pula diadakan dengan ucapan alu-aluan dari Ustazah Suriani Sudi, (Naib Presiden II PEMBINA) dan ucapan perasmian dari wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Murni, Cik Siti Norhajaraeshah. Seterusnya, Slot Gambaran Syurga disampaikan pula oleh Cik Nadirah Ahmad Azam dalam bentuk persembahan sajak. Slot kedua, Ciri-ciri Penghuni Syurga disampaikan pula oleh Dr Fadhilah Ashaari dari PEMBINA Negeri Sembilan.  Setelah makan tengah hari dan solat Zuhur, aktiviti bengkel pula dijalankan dalam bentuk perbincangan dan pembentangan secara berbalas pantun di antara kumpulan.

Pada malam hari pertama, Slot Malam “Roses From Heaven” diadakan di mana pelajar menghayati kisah-kisah wanita-wanita yang dijamin syurga melalui persembahan mereka sendiri yang berbentuk lakonan, sajak, nyanyian dan sebagainya. Setelah tamat majlis, pelajar-pelajar mengerjakan solat Isya’ secara berjemaah, dan bertadarus secara berkumpulan sebelum tidur.

Pada hari kedua, peserta-peserta memulakan hari mereka seawal pukul 4 pagi untuk berqiyamullail beramai-ramai sebelum mengerjakan solat subuh dan bertadarus. Slot pada pagi itu yang bertajuk “Contoh Wanita Sepanjang Zaman” telah disampaikan oleh Pn Rashidah Arshad sebelum program diteruskan pula dengan sebuah talk show yang bertajuk “Diari Kehidupan Jururawat: Ranjau Sepanjang Jalan”.

Dr Ummu Harieza Abdul Aziz, dari PEMBINA DHL dan Cik Nuratiqah pelajar semester akhir kuliah kejururawatan UIA Kuantan, dari PEMBINA Pahang telah dijemput sebagai ahli panel dan talk show ini telah dikendalikan oleh Cik Mardhiyyah Mazlan sebagai pemudahcara. Program diakhiri dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah.

Berdasarkan maklumbalas bertulis yang diberikan oleh para peserta, rata-rata mereka berpuashati dan seronok dengan program yang disediakan serta mengharapkan agar program sedemikian diadakan lagi. Biro Beliawanis PEMBINA Pusat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ajk dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program Perkhemahan Ibadah Kolej Murni ini.

Disediakan oleh:
Muzaifah Hanim Muhtar
(Pengurus Modul Pembangunan Insan Kolej Murni)
Sumber: Laman Web Rasmi PEMBINA

Posted on 5 April 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: