Malam Realitinya Ilusi 2009 Semarak Penghayatan Israk Mikraj


Sempena sambutan Israk Mikraj 1430H yang bakal menjelang, PEMBINA Negeri Sembilan telah menganjurkan program Malam Realitinya Ilusi 2009 pada 15 Julai (Rabu) yang lepas di Masjid Putra, Bandar Baru Nilai. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban, Masjid Putra  dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Bertemakan ‘Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari’, lebih 500 orang hadirin membanjiri dewan solat masjid untuk sama-sama menyemarakkan kemeriahan program kali ini. Rata-rata yang hadir merupakan belia-belia dari IPT sekitar Nilai seperti USIM, UIA Kampus Nilai dan Kolej Kejururawatan Murni.

Majlis bermula sejurus selepas solat Maghrib dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi PEMBINA NS, Saudara Mohd Firdaus bin Sabturani. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa PEMBINA meletakkan fokus kepada golongan belia lantaran mereka mempunyai keupayaan untuk mengubah sesuatu ilusi kepada realiti. Sepertimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya merealisasikan impian untuk membebaskan Kota Konstantinopel daripada cengkaman kuasa Rom.  Ini disusuli dengan kata-kata aluan oleh Imam Azhari bin Awang Mat  bagi pihak Masjid Putra, Bandar Baru Nilai. Di samping memuji usaha PEMBINA dalam mendidik generasi muda, beliau turut melahirkan sokongan padu untuk sama-sama menjayakan program-program sebegini.

Program Malam Realitinya Ilusi 2009 diteruskan dengan agenda kemuncak iaitu ceramah perdana Israk Mikraj oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban. Penyampaian bertajuk Baitul Maqdis: Bumi Israk dan Mikraj ternyata menarik perhatian para hadirin untuk menghayati kepentingan Masjidil Aqsa di sisi umat Islam. Beliau juga menekankan peranan para belia, seperti Usamah bin Zaid dan Solahuddin Al-Ayyubi yang terlakar dalam sejarah, bagi usaha mengembalikan kesucian bumi Palestin daripada cengkaman musuh Islam. Ketakutan Yahudi Zionis kepada kehebatan belia-belia Islam inilah yang menyebabkan operasi ketenteraan mereka banyak tertumpu kepada golongan pemuda Palestin, bahkan juga bayi-bayi yang baru lahir dan masih dalam kandungan.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata daripada pihak PEMBINA NS sebagai tanda penghargaan  kepada Imam Azhari dan Dr Zainur Rashid. PEMBINA NS ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh ISMA Cawangan Seremban, Masjid Putra Bandar Baru Nilai dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Diharapkan agar program Malam Realitinya Ilusi 2009 ini berjaya menyemarakkan penghayatan tentang pengertian Israk Mikraj di kalangan mereka yang hadir, khususnya golongan belia dan beliawanis. Semoga sambutan Israk Mikraj yang diadakan saban tahun meningkatkan kesedaran tentang dekatnya isu Palestin ini di hati umat Islam, sekaligus menuntut usaha setiap muslim untuk membebaskan bumi suci tersebut daripada tangan Israel.

About these ads

Posted on 19 July 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: