Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…
“Wahai orang yang beriman,diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu ,semoga kamu bertaqwa” Surah al-baqarah :183.
“Pada bulan Ramadhan, diturunkan al-quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa” Surah al-baqarah:185
Alhamdulillah, kita telah pun berada di dalam bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat…Ia juga merupakan bulan tarbiah..Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Rasulullah SAW.
Doa yang seringkali diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. ” Allahumma Ballighna Ramadhan”.Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?Adakah kita hanya mempertingkatkan ibadah pada bulan ramadhan sahaja, dan bulan selebihnya dibiarkan begitu sahaja?Tepuklah dada , tanyalah iman ..
Bulan Ramadhan adalah bulan Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka. Hendaklah kita sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.Pertingkatkan amal ibadah kita , perbanyakkan berbuat kebaikan seperti sedekah,membaca dan menghafaz al-quran serta hadith,ziarah-menziarahi,menghadiri majlis ilmu dan sebagainya..
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Jadi, jom kita lihat Diari Ramadhan 1432H Kita.. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.. Semoga ia akan berkekalan di bulan-bulan yang seterusnya..Ameen.










Komen Terbaru