Langkah Bermula


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas keizinan yang diberikan untuk Persatuan Belia Islam Nasional atau ringkasnya PEMBINA Negeri Sembilan bertapak di alam siber. Kelahiran PEMBINA Negeri Sembilan secara maya ini diharapkan mampu mencetuskan inspirasi dan menggerakkan aktivitisme generasi belia khususnya di Negeri Sembilan agar bangkit untuk menggalas tanggungjawab membawa ummah dan bangsa ke persada kegemilangan.

PEMBINA adalah sebuah persatuan belia yang berperanan sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam. Sedarlah, cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi belia mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan.

logo-pembina

Di tengah-tengah kemelut masyarakat dewasa ini, PEMBINA Negeri Sembilan semakin giat menongkah arus cabaran yang pelbagai bagi memimpin para belia ke hadapan. Pelbagai aktiviti telah dan akan direncanakan sama ada dalam bentuk karnival sukan, perkhemahan, seminar keilmuan, acara kesenian dan khidmat masyarakat. Semua ini bertujuan untuk memaksimakan potensi dan memperkembangkan idealisme belia sebagai tonggak kepimpinan negara kelak.

Besarlah harapan PEMBINA Negeri Sembilan agar golongan belia khususnya di Negeri Sembilan, sama ada ahli atau bukan ahli, dapat memanfaatkan laman web ini sebagai sarana perkongsian pendapat, percambahan ilmu, penyatuan tenaga dan pemupukan ukhuwwah Islamiah. Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh diajukan kepada sidang redaksi PEMBINA Negeri Sembilan di pembinan9@gmail.com.

Semoga usaha yang sedikit ini mampu memperkasakan generasi pewaris kepimpinan bangsa dan seterusnya memacu ummah dan negara ke gerbang kecemerlangan ukhrawi dan duniawi. Amin.

Editorial PEMBINA Negeri Sembilan

Posted on 13 January 2009, in Bicara Editor. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: