PEMBINA Jayakan Program Palestin Sempena Maal Hijrah di IPRM


Alhamdulillah, PEMBINA Cawangan Seremban telah turut serta menjayakan Program Palestin Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) pada 15 Januari 2009 bersamaan 18 Muharram 1430H. Program ini dianjurkan oleh IPRM dengan kerjasama ISMA Seremban dan PEMBINA Seremban. Bertempat di Balai Islam IPRM, Program Sambutan Maal Hijrah IPRM yang bertemakan ‘Jihad dan Hijrah’ ini menyaksikan sambutan yang cukup menggalakkan daripada kakitangan pengajar dan pelajar-pelajar IPRM.

Acara bermula pada pukul 6 petang dengan sesi tayangan multimedia Palestin bagi mengajak hadirin menghayati penderitaan umat Islam di sana. Selepas solat Maghrib, para jemaah melaksanakan solat hajat memohon pertolongan daripada Allah swt. Ini diikuti oleh acara kemuncak program kali ini iaitu sesi forum yang menampilkan tokoh-tokoh IPRM dan juga Naib Presiden ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah. Forum ini mengupas tajuk ‘Jihad dan Hijrah’ serta kaitannya dengan peranan  umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara-saudara seIslam di Gaza.

Bersempena dengan program ini, kutipan dana Palestin juga telah dijalankan di kalangan warga IPRM yang  berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM3853.93. PEMBINA merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga IPRM atas keprihatinan dan sokongan yang telah diberikan.

Posted on 21 January 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: