Retreat PEMBINA Cawangan Seremban 2009


Buat julung-julung kalinya, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Seremban telah berjaya mengadakan Retreat PEMBINA Seremban 2009 yang menghimpunkan ahli-ahli PEMBINA daripada pelbagai IPT sekitar Seremban dan Nilai. Program yang telah berlangsung pada 1 Februari 2009 di Seremban ini bertujuan untuk menerangkan halatuju PEMBINA bagi tahun 2009 dan merangka strategi serta aktiviti di setiap IPT sepanjang tahun ini.

Retreat PEMBINA Seremban 2009 ini dimulakan dengan Slot Penerangan Hala Tuju PEMBINA oleh Dr Kamil Azmi Tohiran, Presiden PEMBINA Pusat. Dalam ucapannya, Dr Kamil menegaskan bahawa PEMBINA meletakkan sasaran untuk menjadi peneraju isu-isu utama belia dalam masyarakat dan seterusnya membentuk generasi belia yang berkemahiran untuk mewarisi tampuk kepimpinan ummah dan negara.

Ini diikuti dengan sesi pembentangan perancangan PEMBINA Seremban bagi tahun 2009 yang dikendalikan oleh Presiden PEMBINA Cawangan Seremban, Saudara Mohd Firdaus Sabturani. Beliau membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan menyeru semua ahli agar berganding bahu mengerah fikiran dan tenaga untuk merealisasikan segala perancangan demi melonjakkan PEMBINA di medan masyarakat.

Selepas menjamu selera dengan juadah tengah hari, Retreat diteruskan dengan sesi bengkel di mana para peserta dibahagikan mengikut IPT. Dalam suasana yang penuh semangat dan interaktif, semua ahli bersama-sama merangka strategi bagi menggerakkan PEMBINA di IPT masing-masing. Alhamdulillah, perbincangan yang dijalankan telah mengetengahkan pelbagai idea yang kreatif yang mampu memajukan amal-amal PEMBINA.

Secara keseluruhannya, Retreat PEMBINA Seremban 2009 kali ini membuahkan hasil positif dari segi perangkaan strategi dan perancangan aktiviti. Langkah seterusnya adalah memastikan pelaksanaan segala aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini. Berbekalkan komitmen daripada setiap ahli, diharapkan agar PEMBINA berupaya muncul sebagai sebuah organisasi belia Islam yang unggul khususnya di Negeri Sembilan.

Posted on 3 February 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: