Forum Perdana Palestin di Nilai Semarak Perjuangan Membela Gaza


Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk membantu umat Islam di Gaza, PEMBINA Cawangan Seremban telah tampil menjayakan program Forum Perdana Palestin dengan kerjasama Masjid Putra Bandar Baru Nilai dan Aman Palestin Berhad. Program yang telah berlangsung pada 3 Februari 2009 di Masjid Putra Bandar Baru Nilai ini berhasil menarik kehadiran masyarakat setempat khususnya golongan belia daripada IPT-IPT berhampiran. Objektif Forum Perdana Palestin ini diadakan adalah untuk menjelaskan kepada orang ramai isu-isu terkini di Gaza di samping peranan yang boleh dimainkan untuk membantu rakyat Palestin.

Pasukan PEMBINA mula mengambil tempat sejak petang dengan pameran Palestin dan PEMBINA  serta gerai jualan yang menjadi tumpuan hadirin sepanjang program. Para petugas PEMBINA juga tidak ketinggalan menyebarkan risalah-risalah yang berkaitan kepada orang ramai. Program sebelah malam bermula selepas solat Maghrib dengan solat hajat, bacaan doa munajat dan sesi tayangan multimedia Palestin. Ini diikuti oleh acara kemuncak iaitu Forum Perdana yang menampilkan Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin merangkap Naib YDP ISMA Seremban. Kutipan dana turut dilancarkan semasa sesi forum berlangsung bagi memberi peluang kepada hadirin menzahirkan sokongan mereka buat Palestin dalam bentuk sumbangan.

PEMBINA Cawangan Seremban merakamkan penghargaan buat pihak Masjid Putra Bandar Baru Nilai atas peluang yang diberikan untuk bekerjasama bagi menjayakan program Forum Perdana Palestin pada kali ini. Diharapkan agar golongan belia dan mahasiswa, khususnya di sekitar Nilai kini lebih menyedari akan tanggungjawab utuk membantu saudara-saudara seIslam di Gaza dan seterusnya bersama-sama berusaha bagi membebaskan bumi suci Palestin daripada tangan-tangan Yahudi durjana.

Posted on 11 February 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: