Hebahan: Karnival Futsal Remaja dan Belia 2009


Tidak dinafikan bahawa aktiviti riadah adalah penting dalam membina ketahanan fizikal manusia. Di samping menyihatkan tubuh badan, riadah membantu perkembangan minda manusia. Memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas sangatlah dituntut di dalam Islam. Ingatlah pesan Rasul Junjungan mulia, “Sesungguhnya Mukmin yang kuat lebih disukai Allah Taala daripada Mukmin yang lemah. Namun kedua-duanya ada kebaikan di sisi Allah”.

Justeru, dalam usaha untuk mempromosi aktiviti riadah kepada masyarakat, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Seremban dengan kerjasama Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Seremban, mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Futsal Remaja Dan Belia 2009 seperti berikut:

TARIKH: AHAD, 22 FEBRUARI 2009
TEMPAT: GELANGGANG FUTSAL, KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
MASA: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
YURAN: RM80 SETIAP PASUKAN

pamplet-karnival-futsal-luar1

Pastikan anda mematuhi semua syarat pendaftaran dan peraturan pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur seperti di sini.

Kepada para remaja dan belia di sekitar Negeri Sembilan dan kawasan yang berhampiran yang berminat, ayuh sertai Karnival Futsal Remaja dan Belia 2009. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini,  Allah SWT merahmati kita semua. Borang penyertaan dan pamplet program boleh diperolehi di sini. Pastikan anda menghantar borang tersebut sebelum tarikh tutup penyertaan pada 18 Februari 2009.

pamplet-karnival-futsal-dalam1

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung Kejohanan Futsal Remaja dan Belia 2009, sila hubungi wakil PEMBINA Seremban iaitu Saudara MOHD FIRDAUS BIN SABTURANI (019-2749117) atau wakil KRIM Seremban iaitu Saudara NORHELMI BIN JAMIL (019-2445736).

Posted on 12 February 2009, in Hebahan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: