Kenyataan PEMBINA Berhubung Sambutan Hari Valentine


vd

Telah menjadi sebahagian dari asam garam masyarakat, kita membuat sesuatu tanpa tujuan yang jelas. Bahkan sebahagian amalan yang dikira ibadah oleh mereka sebenarnya budaya yang tiada asas dalam agama. Kita duduk di kedai kopi, pergi memancing, duduk di kaki lima masjid untuk saja-saja, saja buang masa, suka-suka dan lain-lain ungkapan lagi yang menunjukkan aktiviti itu tak penting untuk dibincangkan yang sebenarnya boleh jadi ibadah dengan niat yang betul. Alangkah ruginya kita.

Penyakit suka-suka ini membuatkan belia Muslim Malaysia bermudah-mudah meniru aktiviti dan cara hidup orang lain. Jika sesetengah kita berpendapat sambutan Valentine pada setiap 14 Februari ini sekadar ‘suka-suka’ sahaja… Ayuh kita kaji sendiri di mana asal usul sambutan ini. Apa yang kita bimbang ia bukan sekadar membuang duit dan masa tapi yang lebih parah lagi merosakan kesucian pentauhidan kita kepada Allah S.W.T. Berikut adalah watak-watak yang diserlahkan bila kita melihat sejarah sambutan ini iaitu Lupercalia, Paderi St. Valentine, Claudius II, Dewa Zeus & Hera, Putera Nimrod “the hunter” dewa Matahari. Tentu nama-nama ini begitu asing dengan Islam agama yang kita anuti tapi ia begitu hampir dengan penganut Kristian dan Rom kuno. Satu perkara yang tidak mungkin kita putuskan secara suka-suka (tidak dibincangkan disini).

Agama Islam adalah agama fitrah. Ia tidak sesekali menghalang penganutnya merayakan sesuatu perayaan atau menzahirkan perasaan asal sahaja yang bersumberkan syarak. Ini dapat kita lihat hikmah Allah s.w.t mensyariatkan sambutan dua hari raya sebagaimana hadith dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959). Semua perayaan dalam Islam ada falsafah yang tersendiri. Semua berteraskan kepada paksi mengesakan, mensyukuri nikmat dan membesarkan Allah s.w.t. Bukan untuk saja-saja dan suka-suka!!! Islam sesekali tidak membenarkan kita meniru sesuka hati!
Begitu seriuskah persoalan ini!

Ya! Kerana ia mengancam tatasusila ketimuran kita, merosakan zuriat masyarakat kita dan mengikis kelangsungan kemurnian aqidah generasi pewaris yang bakal mendoakan kita.

Oleh itu PEMBINA menyeru masyarakat Muslim Malaysia khususnya golongan belia untuk sama-sama mengubah budaya ini atas dasar berikut:-

1- Bagi yang baru mencuba-cuba membiasakan diri dengan sambutan hari kekasih ini demi menghargai teman anda yang dirasakan teman sejati di dunia dan akhirat itu ingatlah peringatan Allah s.wt ketika membersihkan Aishah r.a.h. (isteri Rasullulah s.a.w) dari fitnah kononnya menjalinkan hubungan dengan seorang sahabat iaitu jaminan Allah s.w.t “Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia” (Surah Nur 24: 26).

2- Perasaan anda yang tulus ikhlas boleh saja diambil kesempatan oleh pasangan anda atau sekurang-kurangnya oleh syaitan yang memperdaya anda berdua. Awas!!! PEMBINA menyeru agar salurkanlah perasaan itu dalam ruang dan batas yang telah digariskan oleh syarak. “Dan adapun orang yang kikir dan merasakan dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah), serta mendustakan (pahala) yang terbaik. Maka akan kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (kesengsaraan)” (Surah Al-Lail 8-10). Akal kita sahaja tidak mampu menentukan baik dan buruk. Mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t ketika menguruskan perasaan kita, jika tidak bencana bakal menanti kita ini janji Allah s.w.t.

Belia adalah harapan agama, bangsa dan negara. Wajah belia hari ini ialah wajah agama, bangsa dan negara kita pada hari esok.

Dr Kamil Azmi Tohiran,
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Sumber: Laman Web Rasmi PEMBINA

Posted on 15 February 2009, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: