Kunjungan Mahabbah PEMBINA Melaka ke Negeri Sembilan


PEMBINA Negeri Sembilan telah berbesar hati menerima kunjungan ziarah para beliawanis PEMBINA Melaka dalam Program Jaulah Qudama’ PEMBINA Melaka pada 7 Februari 2009 yang lepas. Program bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan peserta-peserta jaulah di samping mengutip mutiara-mutiara pengalaman daripada beberapa orang  tokoh qudama’ dakwah Negeri Sembilan yang sempat diziarahi. Rombongan yang terdiri daripada 35 orang aktivis PEMBINA tiba di destinasi pertama iaitu Pejabat ISMA Negeri Sembilan, Seremban pada pukul 10:00 pagi dengan menaiki 7 buah kenderaan.

Kehadiran mereka disambut dengan penuh mesra oleh Ketua Wanita ISMA NS, Ustazah Norlida Kamaruddin dan beberapa orang wakil PEMBINA NS. Setelah menjamu selera dengan sedikit juadah, para peserta kemudian sama-sama menghayati pengisian yang begitu menyentuh jiwa oleh Ustazah Norlida bertajuk “Gaza… Generasi Yang Kita Harapkan”. Sesungguhnya masyarakat Gaza adalah masyarakat contoh yang benar-benar mempamerkan bukti keajaiban iman. Selepas itu, Setiausaha PEMBINA Cawangan Seremban, Puan Suria Irdayu Ahmad Zaidi pula memberikan sedikit perkongsian amal mengenai aktiviti-akiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh PEMBINA di Negeri Sembilan.

Rombongan jaulah kemudiannya bergerak menuju ke rumah Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden ISMA kira-kira pada pukul 12 tengahari. Kehadiran tetamu-tetamu dari Melaka disambut dengan senyuman oleh beliau sekeluarga disusuli dengan jamuan makan tengahari. Hidangan ayam masak lemak cili api, ikan cencaru bakar, sayur kangkung, air asam dan acar buah ternyata begitu menyelerakan. Selepas menjamu perut, para peserta disajikan pula dengan hidangan jiwa oleh Ustaz Abdul Halim dengan resepi “Kepentingan Tarbiyyah”. Pengisian beliau yang bersahaja dan santai berjaya menarik perhatian mereka yang hadir.

Selepas sesi bergambar beramai-ramai, rombongan meneruskan kembara menuju ke destinasi terakhir iatu rumah Dr. Zainon Bt Yahya, Ketua Wanita ISMA Seremban. Sesi perkongsian pengalaman di rumah Dr. Zainon berlangsung dalam suasana yang penuh mahabbah. Rombongan  jaulah kemudian bertolak meninggalkan Negeri Sembilan kira-kira pada pukul 6.00 petang. Diharapkan perjalanan yang singkat ini berhasil memberi kesan yang positif terhadap jiwa-jiwa peserta Program Jaulah Qudama’ PEMBINA Melaka  dalam melengkapkan proses tarbiyyah masing-masing. Kami di Negeri Sembilan ini akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda semua pada masa hadapan.

Posted on 22 February 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: