‘Sambil Beriadhah Kita Berukhwah’ di Karnival Futsal 2009


Pasukan remaja dari Sekolah Menengah Agama Dato’ (SMAD) Klana Petra Maamor dan pasukan belia dari Kolej Mara Seremban (KMS) telah berjaya mempertahankan kejuaraan masing-masing di Karnival Futsal Remaja dan Belia 2009 pada 22 Februari yang lepas. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Paroi, kejohanan ini merupakan anjuran bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan. Objektif Karnival Futsal ini diadakan adalah untuk memupuk budaya bersukan khususnya di kalangan remaja dan belia di samping mengeratkan hubungan persaudaraan Islam di kalangan peserta, selaras dengan tema ‘Sambil Beriadhah Kita Berukhwah’.

Sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian bagi kategori remaja (13-17 tahun) sementara 13 pasukan bertanding untuk kategori belia (18-35 tahun). Pasukan-pasukan belia yang bertanding mewakili IPT-IPT sekitar Negeri Sembilan seperti Kolej Mara Seremban (KMS), Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM), Kolej Tuanku Jaafar (KTJ), Kolej UNITI Port Dickson dan lain-lain lagi. Selepas mengharungi aksi yang penuh mencabar, pasukan SMAD Klana A berjaya mempertahankan kejuaraan kategori remaja dengan menewaskan pasukan Taman Rasa Sayang 5-2 di perlawanan akhir. Bagi kategori belia, pasukan KMS A juga berhasil mengekalkan piala pusingan buat kali kedua berturut-turut selepas mengalahkan pasukan Kolej UNITI B dengan kemenangan 4-0.

Juara bagi setiap kategori menerima piala pusingan, pingat kemenangan, wang tunai RM200 dan hamper sementara pasukan naib juara menerima pingat, wang tunai RM150 dan hamper. Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Keputusan penuh Karnival Futsal Remaja dan Belia 2009 boleh diperolehi di sini. Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya dan terima kasih kepada semua pasukan yang hadir atas penglibatan anda semua dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. PEMBINA Negeri Sembilan mengalu-alukan penyertaan yang lebih ramai daripada belia-belia di negeri ini untuk aktiviti-aktiviti akan datang.

Posted on 1 March 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: