Sesungguhnya Aku Mencintaimu Wahai Rasulullah


mr

Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu telah menunaikan amanah, menyampaikan risalah, menasihati ummah dan bersungguh-sungguh di jalan Allah hinggalah datang kepadamu keyakinan.

Kami bersaksi di hadapan Allah bahawa sesungguhnya kami kasih dan sayang padamu wahai Utusan Allah. Kami juga kasih dan sayang kepada orang-orang yang mencintaimu.

Kami berharap agar Allah menghimpunkan kami semua di tepi telagamu supaya kami dapat minum air telaga tersebut dari tanganmu, di mana kami tidak akan dahaga selepas itu buat selama-lamanya.

Sesungguhnya kami cinta kepadamu dengan kecintaan berdasarkan kepada petunjukmu dalam cahaya ketuhanan (Rabbaniyyah).

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi dan menyampaikan berita gembira dan peringatan, dan serulah kepada Allah dengan keizinanNya ke jalan yang terang”. (Al-Ahzab: 45-46).

Kami cinta kepadamu wahai orang yang telah diutuskan oleh Rabb sebagai pembawa rahmat kasih sayang untuk alam semesta.

Kami cinta kepadamu wahai utusan Allah, kerana kecintaan kepadamu adalah daripada syarat-syarat keimanan.

Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu hinggalah dia kasih kepadaku lebih daripada ibu bapanya dan manusia keseluruhannya”.

Kecintaan kepadamu adalah sebab kepada kasih sayang Allah kepada kami.

Sahabat-sahabat utusan Allah (Rasulullah S.A.W) telah berkata: “Wahai Utusan Allah (Rasulullah S.A.W), sesungguhnya kami mencintai Rabb kami dengan kasih sayang yang amat bersangatan”, maka Allah S.W.T menurunkan ayat ini yang bermaksud: “Katakanlah: sekiranya kamu kasih kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah S.A.W) nescaya kamu akan dikasihi oleh Allah”. (Aali-Imraan: 31)

Kami mencintaimu kerana ianya adalah penyebab kepada mendapat kemanisan iman di dalam hati sebagaimana hadithmu yang bermaksud: “Tiga perkara yang jika terdapat padanya akan mendapat kemanisan iman; menjadikan Allah dan utusanNya lebih dikasihi selain daripada keduanya, dan mencintai seseorang di mana ia tidak kasih kepadanya kecuali untuk kerana Allah, dan membenci dirinya untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dilemparkan ke dalam neraka”.

Kami mencintaimu kerana ianya adalah penyebab kepada mengiringimu di dalam syurga. Sahabat-sahabat Utusan Allah (Rasullullah S.A.W) telah bertanya baginda: “Sesungguhnya seorang lelaki suka kepada satu kaum tetapi tidak dapat bersama mereka”, maka Utusan Allah (Rasullullah S.A.W) bersabda; “Seseorang itu akan bersama sesiapa yang dikasihinya”.

Kerana kamu adalah contoh pedoman kebaikan kepada sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta mengingati Allah sebanyak-banyaknya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Sesungguhnya bagi kamu pada Utusan Allah (Rasulullah S.A.W) itu contoh pedoman kebaikan kepada sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta mengingati Allah sebanyak-banyaknya”. (Al-Ahzab: 21)

Kami mencintai kamu wahai Utusan Allah (Rasulullah S.A.W), selawat dan salam ke atasmu, kerana kamu yang paling layak dari kalangan orang-orang beriman dengan diri-diri mereka.

Sumber: Laman Web Rasmi PEMBINA

Posted on 9 March 2009, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: