Hebahan: Siri Program Belia Harapan Bangsa Anjuran PEMBINA


poster-program-belia-harapan2

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Siri Program Belia Harapan Bangsa, khusus untuk golongan beliawanis yang berminat. Program yang menggabungkan slot pengisian kuliah sirah/tafsir, qiamullail dan aktiviti riadah ini akan berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu, minggu kedua dan keempat setiap bulan di Surau Cecilia Court, Cecilia Court Apartment, Nilai.  Berikut adalah siri-siri Program Belia Harapan Bangsa yang dijadualkan berlangsung sepanjang Mac dan April:

13-14 Mac 2009
Kuliah Sirah (Sesi 1) oleh Ustaz Sanusi Azmi (Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia), qiamullail dan riadah.

10-11 April 2009
Kuliah Tafsir (Surah al-Buruj) oleh Ustazah Wan Zaimah Wan Ibrahim (Biro HRD ISMA Seremban), qiamullail dan riadah.

24-25 April 2009
Kuliah Sirah (Sesi 2) oleh Ustaz Sanusi Azmi (Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia), qiamullail dan riadah.

Program akan bermula dengan slot pengisian kuliah selepas solat Isyak (Jumaat), diikuti qiamullail dan seterusnya berakhir selepas riadah keesokan harinya kira-kira pukul 8:00 pagi. Para beliawanis, terutamanya yang berada di Nilai dan kawasan sekitarnya, amatlah dialu-alukan untuk memeriahkan Siri Program Belia Harapan Bangsa ini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil-wakil PEMBINA iaitu saudari Maryam Jameelah (013-2611740) atau saudari Sharifah Noorzulaiqa (013-7551880). Jom hadir beramai-ramai ke Siri Program Belia Harapan Bangsa anjuran PEMBINA!!!

Posted on 13 March 2009, in Hebahan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: