Sekali Lagi, Kembalilah…


doa_munajat

Masa tidak menunggumu, malah akan memintasmu apabila engkau leka dan lalai. Ketika engkau bergelumang dengan dosa, masa tidak berhenti menunggumu untuk engkau kembali di atas jalan-Nya. Engkau tidak tahu bilakah masa pengakhiranmu… Mungkin lusa, mungkin esok, dan mungkin sebentar lagi. Janganlah engkau jadi seperti mereka yang Munafik dan Kafir, yang meminta penangguhan akhir hayat mereka untuk bertaubat dan beramal dengan sepenuh keimanan, setelah apa yang mereka lakukan di atas muka bumi ini. Bukan DIA itu kejam kerana tidak memberi peluang kepada mereka, tetapi kerana sikap degil mereka yang tidak mendengar peringatan daripada utusan yang diturunkan-Nya untuk mereka… Tidak! DIA tidak kejam.

Ingatlah! Pengakhiranmu tidak akan tertangguh, malah DIA akan menepatinya…

Namun, kasih-Nya tidak pernah bertepi mahupun bersempadan. Luas kasih-Nya kepadamu tidak dapat ditandingi dengan luasnya langit dan bumi, malahan tidak tertanding dek luasnya alam semesta ini! DIA sesekali tidak pernah mengabaikanmu, malah sentiasa ada petunjuk yang diberikan kepadamu. Mengapa DIA berbuat demikian? Kerana DIA mahu engkau, sekali lagi, kembali ke jalan-Nya. DIA mahu engkau sedari keesaan-Nya, mahu engkau kagumi kebesaran-Nya, mahu engkau jadi hamba-Nya yang taat pada suruhan-Nya…

Walaupun ketika ini engkau merasakan sudah terlambat untuk kembali kepada-Nya… namun DIA tidak pernah lupa untuk memberi peluang kepadamu. DIA tahu engkau telah banyak melakukan mungkar di bumi-Nya, tetapi DIA masih memberi peluang kepada engkau? Kenapa?

Kerana DIA sangat menyayangimu!

Ya, DIA tahu bahawa engkau sebelum ini berjanji dengan-Nya untuk kembali kepada-Nya. Namun engkau mungkiri janjimu itu… Tapi, adakah DIA tidak memberi peluang langsung kepadamu? Tidak! DIA tetap memberi peluang kepadamu. Peluang untuk menjadi hamba-Nya yang taat dan patuh pada segala arahan-Nya. Mengapa begitu?

DIA mahu engkau kembali, sekali lagi, kembali kepada-Nya…

Oleh itu, persiapkan dirimu, bersihkan hatimu, sucikan pakaianmu, bersedia menghadapinya… Renungkan kembali segala perbuatanmu dahulu, dan sujudlah kepada-Nya, memohon ampun dengan sebenar-benar hamba kepada-Nya. Engkau punyai peluang, masih ada peluang, untuk kembali kepada-Nya. Manfaatkan masamu selepas ini dengan sebaik-baiknya, seakan-akan engkau kan tiada pada esoknya…

Maka, kembalilah…

Posted on 24 March 2009, in Tazkirah. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Salam Ziarah dari PEMBINA Shah Alam & Klang.

    Jemput ke http://www.pembinaselangor.com

  2. Assalamualaikum
    Tuan,artikel ini banyak menyentuh hati saya. Saya minta keizinan untuk post
    di blog saya: http://shamsurie.wordpress.com
    Mudah mudahan dapat menyentuh hati kawan2 yg lainnya untuk kembali ke jalan taqwa kepada Allah. Jazakallah.

  1. Pingback: Kembalilah Sayang! Untuk kali ini! Kembalilah. « Kembara Islamku di Dunia Digital

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: