Hebahan: Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung”


poster-forum-baju-melayu-baju-kurung

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan dengan sukacitanya menjemput para belia dan beliawanis, khususnya yang berada di Negeri Sembilan, untuk hadir ke Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” yang akan berlangsung di Masjid Putra Bandar Baru Nilai pada 28 Mac 2009 (Sabtu). Program yang diadakan dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan dan Masjid Putra Bandar Baru Nilai ini bertujuan untuk menjelaskan kepada para belia akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat dengan sebarang ikatan yang sah.

Aturcara program adalah seperti berikut:

  • 9.00 – 9.05 malam : Pendaftaran peserta
  • 9.05 – 9.10 malam : Bacaan doa
  • 9.10 – 9.30 malam : Ucapan alu-aluan
  • 9:30 – 10:45 malam : Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung”
  • 10:45 – 11:00 malam: Majlis penutup & bersurai

Barisan ahli panel yang akan terlibat adalah Ustaz Annuar bin Salleh (YDP ISMA Hulu Langat), Haji Norzafry bin Norhalim (Pengerusi Biro Media PEMBINA) dan Dr Norsyarifah bt Hashim (Aktivis PEMBINA Selangor), manakala moderator forum adalah saudara Omar bin Kassim (Setiausaha Agung ISMA Seremban).

Hadirlah beramai-ramai ke Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” anjuran PEMBINA Negeri Sembilan ini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil-wakil PEMBINA berikut: Firdaus (019-2749117), Suria Irdayu (019-2759117), Adzim (019-6107108) atau Maryam (019-2611740). Layari juga laman web PEMBINA Negeri Sembilan untuk maklumat terkini.

Posted on 26 March 2009, in Hebahan. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau 2009 dan Majlis Maulidur Rasul Perdana Bersama DYMM YDPB Negeri Sembilan

    Tuabn-tuan/Puan-puan Sekalian:

    Alhamdulillah, suatu Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Daerah Rembau akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh : 8 Rabiulakhir 1430H/ 04 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Tentatif Program :

    07.30 pagi – Ketibaan Orangramai / Jemputan

    08.30 pagi – Ketibaan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja HAJI MUHAMMAD SHARIP NIM OTHMAN

    09.00 pagi – Aluan Pengerusi

    – Sabda YTM Undang Luak Rembau
    – Penyampai Anugerah, Hadiah dan Cenderamata
    – Forum Perdana : Ahli Panel terdiri drpd :

    i. Dato Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
    ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
    iii. Haji Solahudin bin Azrai, Penceramah dari STIAS.
    iv. Tuan Haji Nor Azamir bin Alias, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau ( Pengerusi ).

    – Jamuan Tengahari / Bersurai

    Majlis akan bersambung dengan acara pada sebelah petangnya bermula pada pukul 6.00 petang, dengan:

    MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA dan MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA KE BAWAH DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM DATO LELA MAHARAJA UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN.

    Tentatif Program :

    06.00 petang – Bacaan Maulid Daibaie

    07.00 petang – Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

    07.25 petang – Sholat Maghrib

    – Bacaan Marhaban / Madih / Pujian
    – Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan
    – Majlis Perlancaran Kitab
    – Penyampaian Cenderahati
    – Sholat Isyak
    – Jamuan / Bersurai

    MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. apa kaitan baju melayu dengan baju kurung ?

  3. Bagi menjawab persoalan saudara/i kelana, dicadangkan agar hadir ke program yang dimaksudkan untuk mendapat gambaran yang terbaik insya Allah.

  4. hmmm,..apakah kesimpulannya ye?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: