Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” Dapat Sambutan Luar Jangkaan


Forum bertajuk “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan baru-baru ini ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran lebih daripada 300 orang belia dan beliawanis. Rata-rata belia yang hadir merupakan pelajar-pelajar IPT sekitar Nilai dan Seremban seperti USIM, UIA Kampus Nilai,  Kolej Kejururawatan Murni, Nilai University College, Kolej MARA Seremban dan Kolej UNITI Port Dickson. Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Masjid Putra, Bandar Baru Nilai pada 28 Mac 2009 (Sabtu).

PEMBINA membawakan forum kali ini dengan hasrat untuk menjelaskan kepada para remaja dan belia akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat dengan sebarang ikatan yang sah. Tiga orang tokoh belia  telah dijemput khas bagi mengupas tajuk ini iaitu Ustaz Annuar Salleh (YDP ISMA Daerah Hulu Langat), saudara Norzafry Norhalim (Pengerusi Biro Media PEMBINA) dan Dr Norsyarifah Hashim (Aktivis PEMBINA Selangor). Manakala saudara Omar Kassim, Setiausaha ISMA Cawangan Seremban bertindak selaku moderator forum.

Antara persoalan-persoalan yang dibincangkan sepanjang program ini termasuklah hukum bercinta sebelum kahwin dalam Islam, kekuatan yang perlu ada dalam diri bagi menghindari percintaan sebelum kahwin, ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dalam menilai calon pasangan dan jalan penyelesaian yang Islami terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan. Penyampaian yang bersahaja daripada ahli-ahli panel, sambil diselitkan pengalaman-pengalaman peribadi, berjaya menarik perhatian golongan belia yang hadir. Para hadirin juga diberi peluang untuk melontarkan kemusykilan masing-masing dalam sesi soal jawab yang disediakan.

Semoga forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” anjuran PEMBINA Negeri Sembilan ini berhasil mencapai matlamatnya untuk menerangkan batas-batas syariat Islam berkisar pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai ikatan yang sah. Juga agar masyarakat khususnya generasi belia menyedari bahawa tidak wujud sama sekali istilah ‘percintaan sebelum kahwin’ dalam Islam. Sekiranya hukum-hakam yang telah digariskan ini dipatuhi, insya Allah umat Islam akan bebas daripada segala masalah sosial dan penyakit hati berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan masa kini.

Posted on 1 April 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: