‘Sambil Beriadhah Kita Berukhwah’ di Kejohanan Bola Jaring Remaja & Belia 2009


Pasukan remaja dari SMKA Sheikh Hj Mohd Said (SHAMS), Seremban dan pasukan belia dari Kolej UNITI, Port Dickson telah berjaya muncul sebagai juara bagi kategori masing-masing di Kejohanan Bola Jaring Remaja dan Belia 2009 pada 4 April 2009 yang lepas. Bertempat di Stadium Tertutup Paroi, kejohanan ini merupakan anjuran bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan. Objektif Kejohanan Bola Jaring ini diadakan adalah untuk memupuk budaya bersukan di kalangan remaja dan belia berlandaskan syariat Islam di samping mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan peserta, selaras dengan tema ‘Sambil Beriadhah Kita Berukhwah’.

banner-bola-jaring

Program yang bermula seawal pukul 8 pagi ini telah dirasmikan oleh Dr Zainon Yahya, Ketua Wanita ISMA Cawangan Seremban. Sebanyak 5 pasukan mengambil bahagian bagi kategori remaja (13-17 tahun) sementara 6 pasukan bertanding untuk kategori belia (18-35 tahun). Bagi kategori remaja, sekolah-sekolah yang mengambil bahagian termasuklah SMKA SHAMS, SMKA Pedas, SMK Sri Pagi dan Sekolah Menengah Islam As-Sa’idiyyah. Pasukan-pasukan belia pula mewakili Kolej UNITI, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), UIA Kampus Nilai, Kolej Kejururawatan Murni dan PEMBINA Shah Alam.

Kejohanan Bola Jaring Remaja dan Belia ini berlangsung dalam suasana yang penuh kompetitif tetapi mesra dengan setiap pasukan menampilkan aksi terbaik masing-masing. Pasukan SMKA SHAMS akhirnya berjaya mengungguli kategori remaja dengan menewaskan pasukan SMKA Pedas di perlawanan akhir. Bagi kategori belia pula, pasukan Kolej UNITI 1 muncul juara setelah mengalahkan pasukan Kolej UNITI 2 dalam saingan akhir.

paparan-kejohanan-bola-jaring

Juara setiap kategori membawa pulang piala pusingan, pingat kemenangan, wang tunai dan hamper. Pihak penganjur juga telah memberikan penghargaan kepada pemain terbaik untuk kedua-dua kategori di samping satu anugerah khas kepada pasukan Kolej Murni di atas semangat kesukanan yang tinggi dan kehadiran kumpulan penyokong mereka yang sentiasa memberikan sokongan padu. Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya dan terima kasih kepada semua pasukan yang hadir atas penglibatan semua dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang Kejohanan Bola Jaring kali ini. PEMBINA Negeri Sembilan mengalu-alukan penyertaan yang lebih ramai daripada belia-belia di negeri ini untuk aktiviti-aktiviti akan datang.

Posted on 19 April 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: