Berakhirnya Agenda Zionis…


backdrop-kbaz-v3

Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalan-persoalan yang timbul: Apakah itu agenda zionis? Benarkah agenda zionis telah berakhir? Bagaimanakah ia berakhir? Siapakah yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu? Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tema “Berakhirnya Agenda Zionis” sememangnya telah dipilih dengan begitu teliti dan memiliki keunikan yang tersendiri. Secara lazimnya, apabila kita memperkatakan isu Palestin, akan tergambar di fikiran kita imej-imej kesengsaraan, penganiayaan dan kezaliman umat Islam Palestin yang seakan tiada pengakhirannya. Nasib yang menimpa rakyat Palestin yang menjadi pelarian di bumi sendiri, dinafikan hak, diperlakukan dengan kejam seolah-olah tiada harga diri, nilai nyawa yang sebegitu murah, dan kekejaman rejim zionis yang tidak mengenal mangsa sama ada wanita, orang tua atau kanak-kanak begitu menyayat hati.  Ditambah lagi dengan suasana kemusnahan pasca serangan kejam pada awal tahun ini, wajarkah dikatakan Agenda Zionis telah berakhir? Inilah merupakan satu keunikan tema ini yang paling utama. Ia membicarakan isu konflik Israel-Palestine dari perspektif yang amat berbeza daripada lazimnya.

Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau yang kita terjemahkan sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis. Agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis, sehingga ia dijadikan bendera bagi Negara haram Israel, dilambangkan melalui “Star of David” di antara dua garisan biru. Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertzl. Antara resolusi persidangan itu ialah penubuhan Israel Raya dalam masa 100 tahun. Penubuhan Negara Haram Israel seolah-olah telah berjaya dicapai pada Mei 1948 dan diiktiraf oleh  PBB melalui resolusinya. Benarkah zionis telah hampir berjaya? Kita bukan sahaja meyakini bahawa agenda Israel Raya ini akan gagal dan berakhir, malah kita meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya. Hakikatnya, Israel masih digelar sebagai Negara Haram Israel oleh jiran-jiran mereka. Tragedi Gaza baru-baru ini juga membuktikan kepada kita bahawa Israel Raya tidak akan menjadi realiti, bahkan penduduk Gaza yang serba kekurangan itu telah mampu mencabar penguasaan Israel ke atas rantau Asia Barat.

Mengembalikan Izzah Umat

Perbicaaran isu Palestin dari perspektif ini diharapkan akan memberikan harapan baru kepada umat Islam seluruh dunia. Sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah pada awal kurun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dengan penjajahan dan pelbagai bentuk kezaliman dan penganiayaan. Kesan daripada rentetan kezaliman ini begitu ketara sehingga nilai-nilai negatif seperti perasaan lemah, tertindas dan teraniaya seolah-olah telah sinonim dengan umat Islam. Sekiranya ada kelompok umat yang bangkit pun mereka akan dicop sebagai pengganas. Hakikat ini seakan telah berjaya dipaksakan ke atas umat Islam dengan propaganda yang pelbagai bentuk dan konflik-konflik yang bersilih-ganti di seluruh dunia umat Islam. Kemegahan dan kejayaan umat selama ribuan tahun ditenggelamkan dan menjadi sejarah yang dilupakan. Isu Palestin yang menjadi isu induk umat Islam yang terus berjalan tanpa penyelesaian hampir seabad lamanya. Berakhirnya agenda zionis merupakan penyelesaian kepada isu umat Islam Palestin secara khusus, dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” bakal merungkai tanda-tanda akan berakhirnya agenda zionis dan tanda-tanda kemenangan umat Islam. Beberapa hadis yang kita selalu dengar tentang kemenangan umat Islam menggambarkan bahawa Zionis bakal dikalahkan dengan kedatangan Nabi Isa, turunnya Imam Mahdi, atau apabila “bercakapnya pokok-pokon dan batu-batu”. Kita meyakini kebenaran hadith-hadith ini. Namun kita amat tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan hujah hadith-hadith sebegini untuk mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita meyakini sunnatullah bahawa kemenangan tidak akan datang bergolek. Setiap individu Islam wajib berusaha sehabis baik mengikut cabang kemampuan masing-masing bagi menyiapkan barisan umat yang akan beroleh kejayaan. Konvensyen ini bakal menjelaskan apakah peranan umat dalam isu ini, di samping memberi keyakinan bahawa Zionis bukanlah gerakan yang tidak akan tertewas.

Mencabar Zionis di medan mereka

Mencanangkan “Berakhirnya Agenda Zionis” merupakan satu lambang kesungguhan dan keberanian. Ini merupakan satu keberanian mencabar Zionis di peringkat antarabangsa, di medan yang mereka kuasai iaitu media dan propaganda. Zionis telah lama menggunakan propaganda media untuk menanamkan kegerunan seluruh dunia terhadap kuasa mereka. Asia Barat seolah-olah berada di bawah telunjuk mereka dengan mereka mewar-warkan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki yang dikatakan tiada tandingan di rantau itu. Malah badan dunia seperti PBB tidak mampu berbuat apa-apa apabila resolusi demi resolusi yang dikeluarkan tidak diendahkan oleh Israel. Zionis seakan-akan berjaya mengelabui pandangan dunia dalam menjustifikasikan kewujudan Negara haram Israel melaui propaganda tragedi “Holocaust”, penipuan ilmu sejarah dan pemalsuan artifak-artifak arkeologi.

Kita ingin mengatakan bahawa satu-persatu penipuan ini sedang diselongkar dan dibongkarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan kedahsyatan peristiwa holokaus yang sengaja  diperbesar-besarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan tindakan kejam Israel ke atas orang awam, pencabulan hak asasi manusia serta kebenaran hujah ‘mempertahankan diri daripada seranga pengganas’ yang dipergunakan oleh Israel. Agenda Zionis akan berakhir!

Cahaya di hujung terowong

Sesungguhnya, kita meyakini bahawa tanda-tanda kehancuran zionis telah bermula. Bukti-buktinya kian jelas dan telah terbongkar satu persatu. HAMAS dan umat Islam di Gaza adalah satu bukti nyata akan kehancuran Israel. Kita mahu supaya seluruh dunia Islam melihat Gaza sebagai umat contoh, dan segala kezaliman dan kekejaman tidak akan melemahkan semangat kita. Kita ingin supaya Gaza menjadi pembakar semangat dan pencetus kebangkitan Islam seluruh dunia, dalam menuntut kembali hak-hak mereka, mengangkat agama Islam ini ke tempat yang sewajarnya. Tiada kekuatan yang akan mampu mengalahkan gerakan ini, tiada benteng yang akan dapat menghalang arus ini.

Cengkaman Yahudi di medan-medan lain jugak akan tercabar satu persatu. Krisis ekonomi seluruh dunia mula menyebabkan banyak pihak mempersoalkan sistem ekonomi kapitalis yang di dokong Yahudi. Kita melihat semakin banyak tumpuan diberikan kepada sistem ekonomi alternatif khasnya sistem berlandaskan syariah.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis ini juga bakal mencungkil tanda-tanda kehancuran Zionis yang berpandukan Kitab Taurat itu sendiri. Penulis Arab, Safr Abdul Rahman Al-Hiwali dalam bukunya ”Hari Kemurkaan: Adakah Bermula Dengan Intifadhah Rejab” menerangkan bahawa Kitab Taurat menggambarkan bahawa orang Yahudi bakal dikumpulkan di suatu tempat untuk menerima balasan Allah terhadap kezaliman mereka sejak zaman-berzaman. Buku ini membincangkan adakah hari kemurkaan telah bermula dengan berlakunya Intifadhah Rejab, iaitu intifadhah yang tercetus selepas Ariel Sharon mencemari  perkarangan Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan menjejakkan kaki di dalamnya.  Maklumat lanjut berkenaan Hari Kemurkaan ini, akan kita bincangkan dalam konvensyen kita nanti.

Inilah jihad kita

Umat Islam di Palestin telah melaksanakan jihad mereka. Mereka berjihad dengan batu, senjata dan darah. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan anak-anak mereka untuk semata-mata mepertahankan tanah waqaf umat Islam. Bagi kita, inilah jihad kita, jihad dengan ilmu, harta dan segenap yang kita ada. Jihad kita di antaranya adalah untuk menghidupkan kesedaran dalam diri umat ini untuk bangkit dan memberikan sumbangan mereka sedaya-upaya mereka. Jihad kita adalah dengan perang psikologi menentang propaganda Yahudi. Jihad kita adalah dengan pena, suara dan minda. Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepada sumber kekuatan kita; ia adalah agama Islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu.

Jihad kita baru sahaja bermula!

Ayuh bersama-sama dengan PEMBINA dalam jihad ini!

Zaizul Azizi Bin Zaman
Jawatan Kuasa Pusat PEMBINA
Pengerusi PEMBINA KL
Merangkap Timbalan Pengarah Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ)

Sumber: Laman Web Rasmi PEMBINA

Posted on 22 April 2009, in Ehwal Muslimin. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: