Roadshow PEMBINA NS Dekatkan Masyarakat Dengan Isu Palestin


Susulan daripada kemeriahan KBAZ tempoh hari, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan telah menganjurkan satu roadshow Palestin pada 16 Mei 2009 yang lepas. Roadshow yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang ini telah diadakan serentak di dua buah lokasi iaitu di Stesen Bas Terminal One dan Pusat Membeli-belah Terminal One. Program ini telah dikendalikan oleh para ahli dan sukarelawan PEMBINA yang tidak mahu ketinggalan meraih pahala jihad bersama umat Islam di Palestin.

Objektif utama roadshow Palestin ini diadakan adalah untuk mendekatkan masyarakat umum dengan isu Palestin serta mengajak mereka menghayati penderitaan dan kesusahan umat Islam di sana. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang roadshow ini ialah pameran Palestin, tayangan dokumentari, kutipan derma, jualan amal, penyebaran risalah Palestin dan penerangan umum. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Jika KBAZ menjadi saksi bahawa isu Palestin ini mampu diketengahkan di pentas Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang begitu gah, kini PEMBINA NS berusaha pula membawa agenda ummah ini kepada masyarakat umum di lokasi-lokasi seperti Terminal One. Semoga usaha yang sedikit ini dapat meringankan beban rakyat Palestin dan membantu membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman musuh-musuh Islam. PEMBINA NS juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Terminal One di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan roadshow Palestin kali ini.

Posted on 24 May 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: