Program Futsal PEMBINA NS Buka Tirai Semester Baru Pengajian IPT


Futsal PEMBINA NS

Tanggal 4 Jun 2009 yang lepas menyaksikan PEMBINA Negeri Sembilan telah  menganjurkan aktiviti futsal di Stadium Majlis Pembandaran Nilai bagi membuka tirai semester baru pengajian IPT. Program ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dengan kehadiran lebih 30 orang belia yang terdiri daripada ahli-ahli PEMBINA NS dan penuntut-penuntut IPT dari sekitar Nilai seperti USIM, UIA dan Kolej Lagenda.

Program selama 2 jam ini telah diadakan mengikut format liga selama 10 minit untuk setiap perlawanan. Bagi mengeratkan ukhuwah di kalangan belia-belia yang hadir, sessi taaruf diadakan selepas permainan. Mereka juga diingatkan mengenai kepentingan riadah kepada setiap individu muslim melalui slot tazkirah di akhir program, selaras dengan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud “sesungguhnya pada badan kamu terdapat hak yang wajib ditunaikan.”

Imam Hassan Al-Banna sendiri telah menggariskan tubuh badan yang kuat dan sihat sebagai salah satu daripada 10 ciri-ciri individu muslim. Justeru itu, PEMBINA NS mengajak para belia untuk sama-sama menyertai program futsal yang akan diadakan secara berkala ini. Selain mempromosikan cara hidup yang sihat, aktiviti ini juga menjadi salah satu ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah. “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disayangi daripada mukmin yang lemah” (Hadis).

Posted on 14 June 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: