Selamat Memulakan Semester Baru


Ahlan wa sahlan

Sempena dengan kedatangan semester pengajian yang baru untuk sesi 2009, PEMBINA Negeri Sembilan  mengambil peluang untuk mengucapkan selamat memulakan pengajian kepada semua penuntut institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Negeri Sembilan. Kepada mereka yang baru balik daripada bercuti, selamat kembali diucapkan. Buat mereka yang pertama kali menempuhi pengalaman ke menara gading, ahlan wa sahlan dan tahniah atas kejayaan saudara-saudari. Sesungguhnya kalian merupakan generasi harapan yang mewarisi perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Berusahalah dengan niat yang ikhlas dan sungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan yang diimpikan, berpaksikan matlamat  untuk mencari keredhaan Allah swt. Tidak lupa juga, rebutlah kesempatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran PEMBINA dari semasa ke semasa. Di samping menyerlahkan potensi diri anda,  PEMBINA menyediakan ruang untuk para belia menyumbang kepada masyarakat. Akhir kalam, semoga kita semua mendapat ganjaran yang dijanjikan dalam sabda Nabi saw yang bermaksud “Barangsiapa menempuhi jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga” (H.R. Muslim).

Posted on 3 July 2009, in Bicara Editor. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: