PEMBINA NS Anjur Aktiviti Riadah Bersama Beliawanis


Pada tarikh 20 Jun 2009 yang lalu, PEMBINA Negeri Sembilan telah menganjurkan satu aktiviti riadah buat para beliawanis khususnya pelajar-pelajar IPT di sekitar Nilai. Antara kampus yang terlibat ialah Pusat Asasi UIAM dan USIM. Alhamdulillah seramai 30 orang beliawanis telah menyertai aktiviti riadah ini yang bertempat di Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Sepanjang program yang berlangsung antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi ini, pelbagai aktiviti sukan telah berjaya dijalankan, antaranya permainan badminton dan bola jaring.

Pada peringkat awal para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama berkumpul di Dewan MPN  untuk bermain badminton. Manakala kumpulan yang kedua berkumpul di padang bola jaring untuk permainan bola jaring. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan terlaksananya program riadah ini ia bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malahan dapat mengeratkan ukhuwwah sesama beliawanis yang datang daripada IPT berlainan. Dalam masa yang sama, para peserta juga dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat.

Akhir kalam, diharapkan PEMBINA NS akan dapat meneruskan lagi aktiviti riadah ini pada masa hadapan dan semoga MPN menjadi medan utama bagi beliawanis-beliawanis IPT di sekitar Nilai untuk bertemu dan berhubung sesama mereka. Di samping itu, program-program seperti ini juga merupakan salah satu wasilah untuk kita berdakwah kepada masyarakat sekeliling. Moga-moga segala usaha yang telah dilakukan ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Amin.

Posted on 10 July 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: