PEMBINA NS Adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Mufti NS


Kunjungan ke Pejabat Mufti Negeri Sembilan

Sdr. Mohd Firdaus (kanan) bersama YB SS Dato’ Mufti Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Dr Zainur Rashid (kiri), Naib YDP ISMA Seremban.

Seremban, 8 Julai – Sebagai salah satu usaha untuk meluaskan jaringan kerjasama dengan insititusi-institusi lain di negeri ini, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan telah melakukan kunjungan hormat kepada Yg. Bhg. Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan, Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di pejabatnya hari ini. PEMBINA NS yang diwakili oleh Pengerusinya, Sdr. Mohd Firdaus bin Sabturani telah disambut dengan begitu baik dan mesra oleh YB SS Dato’ Mufti. Turut sama hadir dalam kunjungan ini ialah Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin yang mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban.

Kunjungan ini dilihat sebagai wadah bagi merapatkan tautan ukhuwwah serta membina jalinan kerjasama antara PEMBINA dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan, terutamanya dalam aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembangunan generasi belia yang bakal mencorakkan masa depan negara. Dalam pertemuan kira-kira 30 minit ini, Sdr. Firdaus telah berkesempatan untuk memberi penerangan tentang matlamat, peranan serta aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan. Pihak PEMBINA juga dengan berbesar hati telah menyampaikan jemputan kepada YB SS Dato’ Mufti untuk hadir ke program anjuran PEMBINA NS akan datang.

PEMBINA NS ingin merakamkan setinggi penghargaan terhadap YB SS Dato’ Mufti di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan sambutan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga kunjungan sebegini dapat diadakan lagi bagi mengukuhkan hubungan yang telah sedia terjalin. PEMBINA NS juga melahirkan harapan agar pertemuan dua hala ini akan membuka ruang untuk kedua-dua pihak bekerjasama dengan lebih erat pada masa hadapan dalam melahirkan generasi belia berwawasan di negeri Adat Perpatih ini.

Posted on 12 July 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: