Ayuh Semarakkan Kemeriahan Malam Aspirasi Seni 2009!!!


Header Malam Aspirasi Seni 2009

Malam Kesenian Untuk Palestin

Pernahkah kita terfikir bahawa program kesenian boleh digabung jalin dengan begitu baik sekali untuk membawa impak yang besar bagi membangkitkan kesedaran kepada perjuangan membebaskan tanah suci umat Islam? Tanah suci yang dimaksudkan tidak lain daripada Masjid Al-Aqsa yang sedang dirampas oleh pengganas Yahudi semenjak 61 tahun lalu.

Konsep kesenian inilah yang cuba dibawakan oleh pihak penganjur ‘Malam Aspirasi Seni 2009: Bersamamu Palestin‘, anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Malam Aspirasi Seni 2009 akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

Menurut Pengarah Bersama program ini, Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, “Kami cuba membawa sedikit kelainan pada kali ini dengan menggabungkan elemen kesenian dalam kita memperingati perjuangan saudara-saudara kita di Palestin. Semoga aspek kesenian ini seperti deklamasi sajak, mewarna dan melukis kanak-kanak serta nasyid akan menarik lebih ramai golongan masyarakat menyertai program ini.”

Beliau turut menambah bahawa isu Palestin ini adalah isu umat Islam sejagat, maka setiap golongan masyarakat termasuk golongan seni boleh memainkan peranan mereka.

Majlis ini akan diserikan dengan persembahan nasyid Muadz yang akan membuat persembahan “LIVE” di samping deklamasi sajak daripada dua orang sasterawan terkenal, Puan Mahaya Mohd Yassin dan Puan Nisah Harun daripada Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN). Majlis turut membawa kepada hadirin tentang situasi terkini di Palestin melalui Pidato Palestin yang akan disampaikan oleh Mejar Nadzri Munsman, Konsultan Aman Palestin.

Semua golongan masyarakat dijemput hadir untuk merasai pengalaman seni yang unik di Malam Aspirasi Seni 2009 pada 1 Ogos nanti. Palestin, kami bersamamu!!!

Posted on 30 July 2009, in Hebahan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: