Riadah PEMBINA NS Galak Belia Amal Gaya Hidup Sihat


Bagi menyahut seruan Nabi s.a.w. dalam hadis yang bermaksud “sesungguhnya pada badan kamu terdapat hak yang wajib ditunaikan”, PEMBINA Negeri Sembilan telah  menganjurkan aktiviti riadah futsal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Seremban khusus untuk belia-belia dari sekitar Seremban. Program yang dilaksanakan pada 25 Julai 2009 ini telah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran kira-kira 20 orang belia yang terdiri daripada ahli-ahli PEMBINA NS dan penuntut-penuntut IPT di sekitar Seremban seperti Kolej MARA Seremban dan Institut Perguruan Raja Melewar.

Aktiviti yang berlangsung selama 2 jam ini menyaksikan para peserta bermain bersungguh-sungguh tetapi tetap mengekalkan nilai ukhuwwah antara satu sama lain. Selesai permainan, sedikit kata-kata aluan disampaikan oleh Saudara Mohd Firdaus Sabturani bagi pihak PEMBINA NS. Sessi taaruf turut diadakan bagi mengeratkan ukhuwwah di kalangan belia yang hadir. Selain menunaikan tuntutan fizikal, para belia juga diajak mengisi keperluan rohani melalui tazkirah yang telah disampaikan oleh Saudara Farid daripada KMS. Beliau mengingatkan kesemua yang hadir agar sentiasa meletakkan niat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. dalam apa jua yang dilakukan.

Insya Allah, PEMBINA NS akan meneruskan lagi aktiviti riadah ini pada masa hadapan bagi menggalakkan para belia mengamalkan gaya hidup sihat. Program sebegini juga menjadi medan bagi belia-belia di sekitar Negeri Sembilan untuk membina jaringan ukhuwwah sesama mereka.  Justeru itu, PEMBINA NS mengajak para belia untuk sama-sama menyertai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang, yang juga menjadi salah satu wasilah ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Moga-moga segala usaha yang telah dilakukan ini mendapat ganjaran kebaikan daripadaNya. Amin.

Posted on 10 August 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: