PEMBINA Port Dickson Jayakan Iktikaf 10 Malam Terakhir Ramadhan


Dalam sebuah hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan, Baginda mengikat ketat pakaiannya, menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan isteri-isteri dan ahli keluarganya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru itu, PEMBINA Port Dickson telah  menyahut seruan untuk menyemarakkan sepuluh malam terakhir Ramadhan menerusi ibadah iktikaf.

Iktikaf PEMBINA PD

Para peserta bersedia untuk sahur.

Program ini telah dijayakan bersama-sama ISMA Port Dickson di dua lokasi berbeza, iaitu malam-malam ganjil di Masjid Telok Kemang dan malam-malam genap di Masjid Lukut. Selain ahli-ahli ISMA dan PEMBINA, program iktikaf ini turut disertai oleh belia-belia dari IPT-IPT sekitar dan sebahagian ahli masyarakat setempat. Mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadah kita semua di bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu dan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran. Ameen.

Posted on 26 September 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: