Tahniah dan Selamat Berjuang


Tahniah diucapkan kepada salah seorang ahli PEMBINA Negeri Sembilan iaitu saudari Nur Hazlin Hazrin Chong kerana berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam bidang bioteknologi di University of New South Wales (UNSW), Australia. Beliau merupakan ahli yang banyak bergiat aktif dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PEMBINA terutamanya di Nilai. Meskipun terpaksa berjauhan dengan keluarga, namun keazaman untuk meraih kecemerlangan demi agama dan bangsa menjadi penguat tekad bagi meneruskan cita-cita.

Bergambar kenangan di KLIA

Tunggak beliawanis PEMBINA NS. Di sebelah kanan ialah Saudari Hazlin.

Pencapaian saudari Nur Hazlin cukup membanggakan dan sewajarnya dijadikan contoh teladan oleh belia-belia Muslim yang lain. Wakil-wakil PEMBINA NS iaitu Suria Irdayu bt Ahmad Zaidi dan Raja Rina bt Raja Ikram telah berkesempatan untuk mengiringi keberangkatan beliau di KLIA pada 26 September 2009 yang lepas. PEMBINA NS mendoakan agar beliau sentiasa maju meneruskan perjuangan, baik dalam bidang pelajaran mahupun amal-amal Islami di Bumi Kangaroo. Selamat berjuang dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudari Nur Hazlin.

Posted on 30 September 2009, in Berita Ahli. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Salam…
    Semoga terus sukses di disana…
    Rasanya belum sempat kita bermesra mengenali diri masing2…
    Namun ilmu yang dicurahkan cukup banyak dan insya-Allah akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami…
    Uhibbuki fillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: