Kenyataan Media Aman Palestin Berikutan Pencerobohan Masjid Al-Aqsa


Kenyataan Media Aman Palestin Berikutan Pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak dan Seruan Menjadikan Hari Jumaat, 9 Oktober 2009 Sebagai  “Yaumul Ghadab” (Hari Kemarahan) Memperjuangkan Masjid Al-Aqsa.

Masjid Al-Aqsa

AMAN PALESTIN mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak oleh penduduk Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel pada hari Ahad 4 Oktober 2009 dan berterusan sehingga kini.

Pencerobohan itu, yang dilakukan tepat selepas 9 tahun Ariel Sharon melaksanakan tindakan memalukan yang sama, berlaku pada perayaan Yahudi ‘Yom Kippur’. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi dipenjarakan. Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci dan ianya sangat tidak boleh diterima apabila tentera Israel bersama penduduknya dibenarkan untuk melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, komuniti Muslim dan masjid sucinya.

AMAN PALESTIN menyeru semua badan perundangan antarabangsa untuk memberi tekanan ke atas mereka yang terlibat di atas tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan dan menghalang mereka dari mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.

AMAN PALESTIN  juga menuntut para pemimpin negara-negara Arab dan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak tergempar untuk menyelamatkan Al-Aqsa daripada pencerobohan Israel.

Ini berikutan ancaman bahaya ke atas Masjid Al-Aqsa yang disebabkan oleh pencerobohan puak ekstremis Yahudi ke atas kawasan Masjid Al-Aqsa. Umat Islam juga dihalang daripada bersolat di dalamnya dan penangkapan beramai-ramai ke atas umat Islam yang beriktikaf kerana mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada dicabuli dan dinodai.

Tentera Israel juga mengancam untuk menguasai Masjid Al-Aqsa sebagai permulaan untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam dan Yahudi. Seperti mana yang berlaku kepada Masjid Al-Ibrahimi sebelum ini.

AMAN PALESTIN menyifatkan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa Ahad lalu sebagai pengisytiharan perang terhadap masyarakat Arab dan Muslim di seluruh dunia.  Apa yang berlaku pada hari Ahad lalu iaitu sehari sebelum Yom Kippur adalah bukti pakatan rahsia pihak polis dengan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi dan satu bentuk perkauman dan keagamaan yang paling dahsyat pernah disaksikan oleh Israel.

Masjid Al-Aqsa adalah suci bagi masyarakat Arab dan Muslim. Sebarang cubaan kumpulan-kumpulan Yahudi untuk memusnahkannya hanya akan menguatkan lagi semangat orang Islam untuk mempertahankan hak mereka. Aman Palestin ingin mengimbas kembali usaha-usaha penubuhan politik dan ketenteraan Israel. Umat Islam Palestin akan menyambut ulang tahun Intifada Al-Aqsa yang kesembilan di mana darah masyarakat Arab telah tumpah mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Dan hari ini, mereka juga bersedia untuk berkorban sekali lagi demi mempertahankan maruah Masjid Al-Aqsa.

Jenayah pencerobohan Israel yang berterusan  untuk mempercepatkan taktik serangannya dilihat cuba untuk menghasilkan satu jenis peperangan yang baru berbanding menerima proses rundingan seperti yang dijangkakan. Ini dapat dirumuskan apabila berlakunya serangan secara serius ke atas al-Haram al-Sharif (Masjid Al-Aqsa) pada hari Ahad yang lalu sehingga menyebabkan ramai rakyat Palestin tercedera.

AMAN PALESTIN menegaskan sekali lagi bahawa serangan ke atas kawasan Masjid Al-Aqsa telah dirancang dan bukannya berlaku secara tidak sengaja. Pasukan keselamatan yang diketuai oleh kerajaannya tahu mengenai sensitiviti terhadap kesucian tempat ini, seperti yang diajarkan oleh pengalaman. Mereka merancang untuk melakukan provokasi berdarah dan merbahaya bermula dari saat ini.

Justeru, AMAN PALESTIN bersama dengan seruan yang dikumandangkan oleh Sheikh Dr Yusof al-Qardawi Pengerusi Persatuan Ulama’ Sedunia yang menyeru umat Islam supaya menjadikan hari Jumaat ini sebagai  ”Hari Kemarahan” untuk memperjuangkan Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.

AMAN PALESTIN  meminta supaya pemimpin-pemimpin  Arab dan Islam membenarkan demonstrasi, rapat umum, bacaan doa dan majlis-majlis yang sesuai diadakan selepas solat Jumaat bagi menunjukkan sokongan dan perjuangan mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

AMAN PALESTIN meminta semua organisasi dan badan-badan di negara-negara Arab dan Islam serta khatib-khatib masjid untuk menggesa seluruh badan dan institusi antarabangsa serta negara-negara di dunia agar bangkit memainkan peranan menghentikan pencerobohan yang dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa yang suci.

Disediakan oleh:
AMAN PALESTIN BERHAD,
NO.1 JALAN 3/3B, SEKSYEN 3,
43650 BANDAR BARU BANGI.
SELANGOR.

TEL : +60389267019
FAX : +0389259963
EMEL : amanpalestin@yahoo.com
WEBSITE : www.amanpalestin.org

Posted on 9 October 2009, in Ehwal Muslimin. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. asslamu’alaikum,, WAHAI KAUM MUSLIMIN YANG MEMPUNYAI HATI DAN SANUBARI, SAYA MENGHIMBAU SELAKU SAUDARA SEIMAN DAN SEAQIDAH, MARI BERSAMA – SAMA KITA MEMPROKLAMIRKAN PEPERANGAN BESAR MENUMPAS KEJAHATAN YANG DILAKUKAN KAUM YAHUDI SECARA TERANG-TERANGAN, TIDAK ADA LAGI ALASAN NYA KITA BERBASI-BASI, DAN BERMUKA RAMAH TERHADAP MEREKA, KARENA PINTU PEPERANGAN TELAH DIMULAI, WAHAI KAUM MUSLIMIN JANGAN ENGKAU LARI DARI SEBUAH KENYATAAN BAHWA MESJID AL AQSA ADALAH KIBLAT KAMU YANG PERTAMA, TEMPAT ISRA’ NYA NABI MUHAMMAD SAW, SEKARANG ITU AKAN DI HANCURKAN OLEH KAUM KAFIR YANG NYATA-NYAT DILAKNAT OLEH ALLAH,
    MAKA UNTUK ITU KEPADA PENGUSAHA, PRESIDEN, GURU, KARYAWAN, BISNISMEN, DAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT INGAT SELAMA NIKMAT ALLAH MASI KAMU MAKAN DAN KAMU CICIPI, SELAMA KAMU MASIH MEMBUTUHKAN PERTOLONGAN DARI ALLAH MAKA SELAMA ITU PULA LAH AMANAH DAKWAH DIPUNDAK MU, INGATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
    SEKECIL APAPUN AMANAH YANG KAMU PEGANG AKAN DIPERTANGGUNG JAWAB KAN, SAUDARAKU HIDUP TIDAK ADA YANG TAU KAPAN TERAKHIR NYA YANG JELAS MARI KITA ISI KEHIDUPAN KITA INI DENGAN BERMAKNA, DUNIA DAN AKHIRAT ALLAH SWT,
    SELAMATTTTTTTTT………… KANNNNNNNNNNN…………. PALESSSSSSSSSSSTINAAAAAAAAAAAAAAA,, MESJID AL AQSOOOOOOOOOOOOO… ALLAHU AKBARRRRRR

  2. Asslamualaikum….. buat semua saudara2 islam ana…. marilah menyertai fcbook safety theAl-Aqsa ( yg masih dalam rangka kerja), dimana kita boleh berbincang dan mengutarakan pendapat bersama disamping menjadikan 1 medan untuk saudara2 yang lain untuk mengetahui berita2 mengenai Al-Aqsa…………….untuk menjadi sebahagian dari kami… bolehla email ke sutraeykal@yahoo.com

  3. Ingatlah bahawasanya kami PASTI AKAN DATANG ISNYAALLAH menghulurkan bantuan. kepada keluarga kami di Palestine walaupun jauh. Kami akan datang menghulurkan bantuan. Al-Masih membantu kami, bersama pemimpin kami Al-Mahdi mengembalikan Masjid Al-Aqsar percayalah.

  4. Sunnatullah mereka menjadi pendukung kuat kepada perjuangan ini. Semuanya mencari tempat penyatuan. 4JJI SWT membantu kita to kan janjinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: