Majlis Iftar PEMBINA NS Erat Ukhuwwah Di Kalangan Belia


Sekalipun Ramadhan 1430H sudah pun berlalu meninggalkan kita, namun semangat dan kenangannya masih segar di ingatan. Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PEMBINA Negeri Sembilan pada bulan Ramadhan yang lalu ialah Program Iftar Perdana Bersama Belia di Taman Desa Anggerik, Nilai pada 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H. Program yang berjaya mengumpulkan lebih 20 orang belia dari sekitar Nilai dan Seremban ini bertujuan untuk menyuburkan ikatan ukhuwwah di kalangan belia serta bersama-sama menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah.

Majlis dimulakan dengan jamuan berbuka puasa diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh secara berjemaah. Ini diikuti dengan sesi taaruf yang memberi ruang kepada semua peserta saling berkenalan antara satu sama lain. Saudara Yasser Ariff Ahmad Sidi selaku Pengerusi PEMBINA Nilai kemudiannya menyampaikan sedikit pengisian rohani berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan, termasuklah peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam. Antaranya ialah penurunan kitab suci Al-Quran, bulan Lailatul Qadar, peperangan Badar Al-Kubra, pembukaan Kota Mekah, peperangan Ain Jalut dan banyak lagi.

Program diteruskan dengan ibadah qiyamullail pada awal pagi esoknya dan bersurai selepas solat Subuh. Semoga Program Iftar Perdana Bersama Belia yang dianjurkan oleh PEMBINA NS ini berhasil merapatkan ukhuwwah di kalangan belia, dan lebih penting dapat mendidik jiwa-jiwa peserta agar berlumba-lumba menghidupkan Ramadhan dengan amal kebaikan. Sama-sama kita berdoa agar termasuk dalam golongan yang disebut oleh Nabi saw dalam sabdanya yang bermaksud: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap redhaNya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Posted on 14 October 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: