Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H PEMBINA NS Meriah


PEMBINA Negeri Sembilan tidak ketinggalan untuk meraikan nikmat anugerah Syawal dengan mengadakan satu majlis sambutan yang dinamakan Majlis Silaturrahim di Aidilfitri 1430H pada 10 Oktober 2009. Acara yang berlangsung di Masjid Bandar Baru Senawang ini turut dijayakan secara bersama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban. Kira-kira 400 orang hadirin telah memeriahkan masjlis termasuk para belia dan beliawanis daripada institusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Seremban dan Nilai.

Majlis Silaturrahim di Aidilfitri 1430H ini juga meletakkan objektif untuk menyuburkan ukhuwwah sesama belia dan beliawanis terutamanya di kalangan ahli-ahli PEMBINA sendiri, selain memperkenalkan PEMBINA sebagai satu organisasi belia Islam kepada masyarakat.  Majlis yang berlangsung antara pukul 11 pagi hingga 2 petang ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rahman bin Muda diikuti ucapan perasmian oleh Ustaz Mohd Azizee bin Hasan selaku Yang Dipertua (YDP) ISMA Seremban.

Dalam ucapan beliau, Ustaz Mohd Azizee melahirkan harapan agar tarbiyyah Ramadhan yang dilalui selama sebulan telah berjaya mendidik kita menjadi insan yang lebih bertaqwa. Beliau juga mengingatkan para hadirin supaya tidak  sekali-kali melupakan keadaan umat Islam lain yang kurang bernasib baik seperti mereka yang baru sahaja dilanda musibah gempa bumi di Padang, Indonesia. Begitu juga dengan saudara-saudara kita di Palestin yang terus berjuang untuk mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa dan Palestin.

Orang ramai yang tidak putus-putus hadir dihidangkan dengan aneka juadah yang  menyelerakan seperti nasi himpit, lemang, rendang, nasi dagang, bihun, sate, roti jala dan kuih-muih. Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan nasyid daripada Kelab NAZIM Seremban, Sekolah Dato’ Abdul Razak dan Sekolah Menengah Agama Rembau. Akhir kata, PEMBINA NS berharap agar acara sebegini dapat menyuburkan suasana kemesraan di kalangan umat Islam di samping menyuntik semangat ahli-ahli PEMBINA untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Posted on 22 October 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: