PEMBINA Port Dickson Anjur Jaulah Eid


Sabtu, 17 Oktober – Sempena sambutan Aidilfitri 1430H yang masih berbaki, PEMBINA Port Dickson telah melaksanakan satu misi Jaulah Eid yang merentasi Seremban, Palong dan Segamat. Berbekalkan kekuatan seramai 19 orang  belia beserta 5 buah kereta, jaulah dimulakan pada pukul 7 pagi di Kolej UNITI Port Dickson dengan sedikit taklimat dan adab-adab musafir yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sofee bin Mustafa, Pengerusi PEMBINA PD dan juga diiringi dengan bacaan doa dari Ustaz Khairul Syazwan.

Misi Jaulah Eid ini singgah di Seremban dengan menziarahi teratak Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin iaitu Naib YDP ISMA Seremban, juga seorang aktivis yang aktif memperjuangkan isu Palestin. Rombongan kami telah dijamu dengan sarapan pagi nasi lemak yang enak. Ahli-ahli PEMBINA PD juga sempat mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan pengalaman-pengalaman dakwah yang telah dilalui oleh beliau. Sesungguhnya perkongsian tersebut cukup membakar semangat para belia yang hadir untuk turut memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat.

Kemudian misi diteruskan dengan merentasi Bukit Putus, Kuala Pilah, Bahau, Palong hinggalah ke Segamat. Sasaran kami adalah rumah kepada seorang ahli PEMBINA PD iaitu saudara Haikal. Alhamdulillah, kami telah disambut dengan senyuman mesra oleh keluarga beliau. Di antara objektif Jaulah Eid ini juga adalah untuk memberi sedikit sumbangan kepada ibu Haikal yang baru disahkan menghidap penyakit kanser oleh doktor. Kami mendoakan agar beliau  sekeluarga sentiasa sabar dan redha dengan ujian Allah, semoga Allah memberikan yang terbaik.

Destinasi misi Jaulah Eid yang terakhir adalah Palong 16, iaitu rumah kepada seorang lagi ahli PEMBINA PD, saudara Ira Amirul bin Razali. Rombongan tiba di sana lebih kurang jam 4 petang dan telah disambut dengan ramah mesra oleh keluarga saudara Ira Amirul. Kami juga telah dijamukan dengan hidangan ”Nasi Tomato ala Palong”. Program kali ini berakhir apabila semua peserta selamat sampai ke Kolej UNITI sekitar jam 8 malam. Mudah-mudahan Jaulah Eid kali ini memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga buat kita semua.

Posted on 27 October 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: