Pimpinan PEMBINA dari Seluruh Negara Bertemu dan Bermuzakarah


Gombak, 24 Oktober – PEMBINA telah mengadakan Muzakarah Pimpinan PEMBINA (MPP) 2009 di sini yang berobjektifkan penilaian perjalanan aktivisme PEMBINA di seluruh negara dan perancangan langkah ke hadapan. Muzakarah ini telah dihadiri oleh 42 orang perwakilan dari cawangan-cawangan PEMBINA dari seluruh negara, di mana PEMBINA Negeri Sembilan telah diwakili oleh 4 orang perwakilan.

Majlis telah bermula kira-kira jam 9 pagi dengan pembentangan laporan aktivisme cawangan-cawangan PEMBINA.  Secara keseluruhannya, PEMBINA telah mencapai perkembangan positif dari segi penggarapan ahli dan sukarelawan serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menarik golongan belia. Ini diikuti dengan pembentangan Strategi dan Kerangka Halatuju PEMBINA 2010 oleh Presiden PEMBINA, Dr Kamil Azmi Tohiran. MPP 2009 kemudiannya berhenti rehat untuk solat zohor dan makan tengahari.

Sekembalinya dari rehat, muzakarah sebelah petang diteruskan dengan sesi dialog yang memberi peluang kepada para pimpinan cawangan-cawangan PEMBINA untuk melontarkan pandangan dan komen terhadap Strategi dan Kerangka Halatuju yang telah dibentangkan sebelumnya. Sesi ini juga memberi peluang kepada para perwakilan untuk berhubung terus dengan JKP PEMBINA bagi merungkai sebarang kemusykilan yang ada dalam pelaksanan aktivisme.

Dr Kamil menyatakan rasa puas hati beliau dengan komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh para pimpinan cawangan yang telah hadir untuk sesi satu hari ini meskipun datang dari tempat-tempat yang jauh seperti Kelantan dan Perlis. Beliau yakin seandainya komitmen sebegini dikekalkan, insyaAllah PEMBINA akan mampu melaksanakan visinya untuk menjadi organisasi pemacu aktivisme belia khususnya mahasiswa yang mesra masyarakat.

MPP 2009 ini tamat pada jam 5 petang setelah selesai sesi fotografi bersama para perwakilan. Semoga semua pimpinan yang hadir pulang dengan semangat yang jitu bagi terus melaksanakan aktivisme PEMBINA di kawasan masing-masing. Bagi pihak PEMBINA NS, pertemuan yang bermakna ini diharap dapat menyuntik keazaman untuk menggiatkan lagi usaha bagi menjadikan PEMBINA sebagai organisasi belia yang unggul di negeri ini insyaAllah.

Posted on 5 November 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: