BBQ Gathering PEMBINA Nilai Motivasikan Belia Hadapi Peperiksaan


Nilai, 30 Oktober – Alhamdulillah, PEMBINA Cawangan Nilai telah berjaya melaksanakan Program BBQ Gathering Bersama Belia yang bertempat di Baitud Dakwah, Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai.  Program yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan belia ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran mencecah 40 orang tetamu. Di samping itu, aktiviti ini menjadi platform untuk para belia merehatkan minda seketika sebelum mengharungi ujian peperiksaan yang akan menjelma.

Acara bermula dengan kata-kata aluan daripada saudara Mohd Nor Adzim Shaari sebagai tuan rumah, merangkap Setiausaha PEMBINA Nilai. Beliau dengan berbesar hati menyambut kehadiran semua tetamu yang hadir pada malam tersebut. Seterusnya, para tetamu dijamu dengan hidangan halwa telinga menerusi slot tazkirah yang telah disampaikan oleh Dr. Noor Azizi Ismail (pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, merangkap Ketua Program Pendidikan, USIM) dan Ustaz Mohd Azizee Hasan (Yang Di-Pertua ISMA Seremban).

Melalui perkongsian mereka, Dr. Noor Azizi dan Ustaz Azizee mengingatkan para belia bahawa dalam kehidupan ini sentiasa ada ujian yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk menguji kita, sebagaimana tujuan peperiksaan di sekolah atau universiti. Selain itu, mereka juga diseru supaya belajar bukan semata-mata untuk memperolehi ilmu, tetapi matlamat utama menuntut ilmu adalah mengejar keredhaan Allah swt dan untuk menterjemahkannya kepada amalan. Selesai hidangan halwa telinga, hadirin dijamu pula dengan juadah BBQ yang menyelerakan.

Semoga Program BBQ Gathering Bersama Belia ini berjaya mencapai objektif-objektifnya untuk mempertautkan ukhuwwah sesama belia dan juga memberi suntikan motivasi buat mereka bagi menghadapi peperiksaan. Diharapkan juga agar para belia khususnya di sekitar Nilai akan terus melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran PEMBINA pada masa hadapan. Hal ini bersesuaian dengan hasrat PEMBINA untuk menggemblengkan potensi yang ada pada belia bagi melahirkan generasi yang mampu memimpin perubahan untuk agama, umat dan negara.

Posted on 13 November 2009, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: