Kontinjen PEMBINA NS Pamer Semangat Juang Tinggi di KASBI 2009


Bangi, 19 Disember 2009 – Buat julung-julung kalinya, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan Karnival Sukan Belia Islam Nasional (KASBI) 2009 bertemakan ‘Menzahirkan Keperkasaan Belia’ yang menyaksikan penyertaan kira-kira 600 orang belia dan beliawanis daripada seluruh negara. Bagi kategori belia, acara-acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola tampar dan bola keranjang, manakala bagi kategori beliawanis pula adalah bola jaring, bola tampar dan bola keranjang.

KASBI 2009 yang dianjurkan oleh PEMBINA dengan kerjasama ISMA ini bertitik tolak daripada kesedaran bahawa Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek ibadat semata-mata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian dan tidak terkecuali, sukan. Ini kerana Islam sebagai agama yang syumul, sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya di samping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung.

Para peserta mula berkumpul di hadapan Astaka Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk majlis perasmian KASBI 2009 yang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Asri daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Tidak ketinggalan kontinjen PEMBINA Negeri Sembilan yang diwakili oleh hampir 50 orang peserta. Karnival sukan kemudian diteruskan dengan acara-acara yang dipertandingkan. Pertandingan bagi belia telah dijalankan di UKM manakala German Malaysian Institute (GMI) menjadi medan pertarungan beliawanis.

Meskipun pasukan Negeri Sembilan tidak berjaya memenangi sebarang acara, namun mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan berusaha sebaik mungkin dalam setiap pertandingan yang disertai. Semoga pengalaman berharga yang ditimba dalam KASBI 2009 ini menjadi pendorong untuk PEMBINA Negeri Sembilan terus gigih melakukan persiapan awal dan komited menjalani latihan secara konsisten. Yang penting terus berusaha dan tidak ada usaha yang gagal, kerana kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.

Posted on 5 January 2010, in Aktiviti. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Assalamualaikum…
    Eh, mana gambar kitaorang?? he2..
    walaupun tiga ari sblum p’tndingn baru dberitahu, alhamdullillah beliawanis n9 ampir2 mndpt tmpat ke3 dalam acara bola jaring…
    kalau gtaw awal ntah2 dah bleh jd juara…he2..
    syukran kpd sahabat2 tmhdi dentistry usim,
    sbb sanggup join utk cukupkan jumlah ahli…
    barakillahu fiik…
    arap2 lpas ni apa2 pgram kita boleh bkerjasam lagi la ea..insya-Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: