PEMBINA PD Jayakan Nadwah Kepimpinan di Kolej UNITI


Pada 29 hingga 31 Disember 2009 yang lepas, PEMBINA Port Dickson telah melaksanakan dengan jayanya satu program Nadwah Kepimpinan untuk para pelajar Kolej UNITI, Port Dickson yang melibatkan seramai 30 orang peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi ceramah,  explorace, riadah dan banyak lagi. Tokoh-tokoh penceramah yang hadir termasuk Ustaz Soberi Awang selaku Ketua Biro HRD ISMA Port Dickson (Cabaran Belia Islam dalam Era Globalisasi), Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Naib YDP ISMA Seremban (Antara Ijazah dan Risalah) dan Ustaz Sanusi Azmi selaku Timbalan Dekan Fakulti Al-Quran & Sunnah USIM (Hadith Ghulamu Dakwah).

Para peserta yang terlibat menunjukkan kesungguhan yang tinggi dan memberikan tumpuan yang jitu sepanjang berlangsungnya Nadwah Kepimpinan ini. Respon-respon yang diterima daripada mereka juga amat memberangsangkan dengan majoritinya menyuarakan keinginan untuk menjadi penolong kepada agama Allah. Ternyata masih wujud lagi golongan pemuda dan pemudi yang menginginkan iman dan tarbiyyah di saat ramai belia masa kini yang tenggelam dalam keseronokan dunia. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan hidayah kepada peserta-peserta Nadwah Kepimpinan PEMBINA Port Dickson ini agar menjadi generasi harapan yang akan menjulang martabat Islam.

Berikut dipaparkan beberapa respon yang diterima daripada para peserta selepas berakhirnya Nadwah Kepimpinan PEMBINA Port Dickson ini:

1) “Saya berasa amat puas hati kerana segala pengisian yang diberikan berkaitan dengan dakwah. Segala pengisian yang diberikan membuatkan saya lebih berfikiran matang dan optimis dalam melaksanakan kerja dakwah.”

2) “Alhamdulillah, program Nadwah Kepimpinan ini sangat menyeronokkan. Memberi manfaat pada diri saya sendiri. Semoga program seperti ini akan diadakan lagi untuk kita mengenali erti perjuangan dalam hidup ini serta memberikan tarbiyyah yang berpanjangan. Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan.”

3) “Alhamdulillah, saya berasa beruntung kerana dapat menyertai program ini. Slot-slot yang disampaikan banyak memberi kesedaran dalam diri saya untuk menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah.”

4) “Alhamdulillah, rasa sungguh gembira kerana ini kali pertama menyertai program seperti ini dan mendapat berbakul-bakul ilmu dan pengajaran. Tidak salah keputusan saya menyertai usrah. Rasa bersyukur dan terima kasih kepada semua yang mendorong: Allah swt, rakan-rakan dan ibu bapa yang memberi sokongan.”

5) “Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana terpilih sebagai bakal pejuang Islam. Saya berasakan begitu teruja dan gembira menyertai Nadwah Kepimpinan ini. Sebelum ini jiwa saya kosong, mencari sesuatu sesuatu yang tidak pasti hasilnya. Kini terdetik niat yang lahir dari hati kecil saya untuk menjadi seperti bayi yang baru lahir yang tiada dosa, saya ingin mendapat cinta hakiki dari Ilahi. Saya berharap penglibatan dalam PEMBINA ini dapat mematangkan saya menjadi hamba Allah yang beriman dan disayangi.”

Posted on 11 January 2010, in Aktiviti. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. assalamualaikum………..
    masyaallah, terharu sgt2,, xsgke ade gmbr nadwah hari tu kt sni….. hehe………
    hope dpt join progrm cmni lg n dpt wt yg lebih mantap……….
    jazakallah pd sume phk yg terlibat,,,,,
    moge mndpt kredhaan dari Allah……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: