PEMBINA NS Jalin Kerjasama Dengan FOCHUSS UIA


Nilai, 7 Januari – Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan pertemuan dengan pimpinan Foundation Centre of Human Science Students Society (FOCHUSS), sebuah persatuan mahasiswa di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Nilai. Kunjungan ini adalah salah satu inisiatif PEMBINA NS bagi membina jaringan interaksi dan kerjasama dengan organisasi-organisasi belia dan persatuan-persatuan mahasiswa di negeri ini, dalam rangka melahirkan generasi belia Islam berwawasan.

Delegasi PEMBINA NS terdiri daripada lima orang penggerak yang diketuai oleh Pengerusinya, Sdr. Mohd Firdaus Sabturani. Di samping merapatkan tautan ukhuwwah, pertemuan ini juga bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama yang boleh diterokai antara kedua-dua organisasi, khususnya bagi manfaat golongan mahasiswa dan mahasiswi UIA di sini. Hasil daripada perbincangan ini, FOCHUSS telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PEMBINA NS bagi menjayakan program Diskusi Mahasiswa yang dirancang pada 20 Januari 2010 akan datang.

PEMBINA NS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan FOCHUSS, khususnya Sdr. Mohd Akram Mohamad (Presiden FOCHUSS) dan Sdr. Abu Zar Ahmad Zubir (Pengurus Projek Diskusi Mahasiswa) yang telah menerima kunjungan kami dengan baik. Terima kasih juga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada PEMBINA NS. Semoga pertemuan dua hala ini akan membuka ruang untuk kedua-dua pihak bekerjasama dengan lebih erat pada masa hadapan demi menyemarakkan lagi amal dakwah di Negeri Sembilan, terutamanya di kalangan generasi belia.

Posted on 20 January 2010, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: