Hebahan: Kejohanan Futsal Islami (KAHFI) 2010


Dalam usaha untuk mempromosi aktiviti riadah kepada masyarakat, Kelab Remaja ISMA (KRIM) NS dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) NS, mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Islam (KAHFI) 2010 seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 7 Februari 2010
Tempat: Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Yuran: RM100 setiap pasukan

Objektif-objektif penganjuran KAHFI 2010 ini adalah:

  • Memupuk budaya bersukan untuk kesihatan tubuh badan dan minda khususnya di kalangan remaja dan belia.
  • Mengeratkan hubungan persaudaraan Islam di kalangan peserta.
  • Sebagai pencetus untuk terus melakukan aktiviti bersukan secara istiqamah pada masa-masa akan datang.

Untuk syarat-syarat pendaftaran dan peraturan pertandingan, sila layari laman web KRIM Negeri Sembilan atau laman web PEMBINA Negeri Sembilan.

Kepada para remaja dan belia di sekitar Negeri Sembilan dan kawasan yang berhampiran yang berminat, ayuh sertai KAHFI 2010. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini,  Allah SWT merahmati kita semua. Borang penyertaan dan pamplet program boleh diperolehi di sini. Pastikan anda menghantar borang tersebut sebelum tarikh tutup penyertaan pada 3 Februari 2010.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung Kejohanan Futsal Islam (KAHFI) 2010, sila hubungi wakil KRIM NS iaitu Saudara Norhelmi bin Jamil (019-2445736) atau wakil PEMBINA NS iaitu Saudara Mohd Firdaus bin Sabturani (019-2749117).

Posted on 25 January 2010, in Hebahan. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. menarik! (^_^)

    lama dah tak main..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: