Explorace PEMBINA NS Eratkan Ukhuwwah Sesama Beliawanis


Nilai, 10 Januari 2010 – Alhamdulillah, PEMBINA Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Explorace Beliawanis bertempat di Nilai 3. Program ini mendapat sambutan ramai di mana sebanyak 15 kumpulan mengambil bahagian yang rata-ratanya merupakan para penuntut di IPT-IPT sekitar NS seperti USIM, Pusat Asasi UIA dan Kolej UNITI Port Dickson. Bertemakan ‘Marilah Bersama Menjalin Ukhuwwah’, explorace ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan beliawanis dan memperkenalkan mereka kepada PEMBINA. Selain itu juga bagi memenuhi salah satu daripada 10 muwasofat iaitu sihat tubuh badan.

Para peserta mula berkumpul di Surau Nilai 3 seawal pukul 9 pagi dengan semangat yang penuh berkobar-kobar. Usai sesi taklimat oleh urusetia dan bacaan doa, persaingan dimulakan dengan setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 orang beliawanis berlumba-lumba untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan dalam masa terpantas.  Sepanjang explorace ini berjalan, semua peserta kelihatan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti yang disediakan terutamanya dalam menjawab soalan-soalan yang memerlukan mereka mengingati semula apa yang telah dipelajari selama ini.

Explorace Beliawanis PEMBINA NS ini berakhir kira-kira pukul 12 tengahari dengan sedikit ucapan penutup oleh pengarah program iaitu Saudari Raja Rina bt Raja Ikram yang juga merupakan Ketua Beliawanis PEMBINA NS. Ini diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil kepada semua peserta. PEMBINA NS mengucapkan tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya dan terima kasih juga kepada para sukarelawan yang telah membantu menjayakan Explorace Beliawanis kali ini. Semoga Allah SWT menerima amal ini sebagai salah satu ibadah kepadaNya.

Posted on 28 January 2010, in Aktiviti. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. ukhwahituindah

    salam..ana da join explorace ni..sgt seronok..even kaki ana terseliuh tapi tu sbgai kenangan ana join program ni..hope da lg pas ni..tahniah pd barisan2 urusetia krn dpat anjurkan program ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: