AGM 2010 Melakar Sejarah Tersendiri


Tanggal 13 Februari 2010 merupakan hari yang cukup bersejarah buat seluruh warga Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA peringkat pusat buat kali ke-3 yang bertempat di Auditorium, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Majlis ini yang menyaksikan kehadiran perwakilan-perwakilan PEMBINA dari seluruh negara telah dimulakan dengan ucapan mantan Presiden PEMBINA sesi 2008/2009, Dr. Kamil Azmi bin Tohiran.

Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh tentang peri penting sebuah organisasi yang menyediakan platform yang sihat serta berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah dalam membimbing belia ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Golongan belia selalu dilabel serta disinonimkan dengan pelbagai perkara negatif hingga terdapat pihak yang terlepas pandang potensi super yang wujud dalam kelompok ini. Aset bernama belia ini tiada ternilai namun tidak lahir begitu sahaja tanpa ada gembleng tenaga bagi mendidik para belia untuk menjadi individu muslim yang berkualiti, holistik dan versatil.

Perbincangan di kalangan bekas pimpinan PEMBINA

Ucapan ini seterusnya menjadi muqaddimah kepada asbab PEMBINA memilih Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai rakan strategik untuk membangunkan sumber manusia dalam kerangka pendidikan islami yang sempurna. Hal ini kemudian diterjemahkan dalam upacara memeterai perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Dr. Kamil Azmi serta Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman.


ISMA secara rasmi menjadi rakan strategik PEMBINA

Agenda AGM diteruskan lagi dengan sesi pembentangan aktiviti-aktiviti PEMBINA oleh mantan Setiausaha Agung, saudara Jalil Husni bin Yahaya serta laporan kewangan oleh mantan Bendahari, saudara Mohd Zuraidi bin Zakaria. Alhamdulillah, walaupun dalam masa yang singkat, PEMBINA secara keseluruhan dengan izinNya telah dapat mencapai tahap perkembangan yang membanggakan.

Pembubaran Jawatankuasa Pusat yang lama berganti dengan pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat yang baharu. Berikut adalah senarai kepimpinan PEMBINA bermula sesi 2010:

  • Presiden: Zaizul Azizi bin Zaman
  • Timbalan Presiden: Norzafry bin Norhalim
  • Naib Presiden 1: Ibrahim bin M Hasan
  • Naib Presiden 2: Nor Hasni Hayati bt Hanapi
  • AJK 1: Muadz bin Mohd Zain
  • AJK 2: Tg. Asyraf bin Tg. Mohd Noor Izam
  • AJK 3: Ahmad Syukri bin Ismail

Majlis berakhir kira-kira pada jam 2 petang setelah disulami dengan ucapan sulung Presiden saf kepimpinan baru PEMBINA, saudara Zaizul Azizi. Beliau mengucapkan setinggi syukur kepadaNya serta amat berterima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh barisan kepimpinan yang terdahulu. Semoga Allah memberkati barisan kepimpinan yang baharu ini serta bersama-sama dengan PEMBINA dalam merealisasikan hasrat murninya bagi membina belia yang beriman dan berjasa!

Sumber: Laman Web PEMBINA Pusat

Posted on 4 March 2010, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: