Susahkah Nak Ikut Isyarat?


Adakah anda tergolong di kalangan mereka di atas? Apa maksud yang anda fahami melalui persoalan di atas? Pasti anda punyai fahaman tersendiri berkenaan pertanyaan di atas. Apa yang saya maksudkan di sini adalah ‘Lampu Isyarat’ di jalan raya. Ha? Apa kena mengena ni? Adakah lampu isyarat itu begitu penting dalam kehidupan manusia kini? Jawapan daripada saya; Ya.

Isyarat ‘Hijau’ memberi arahan untuk berjalan.

Perumpamaan yang ingin saya kaitkan antara lampu isyarat dengan kita adalah sangat mudah. Bila ‘Merah’, tandanya ‘Berhenti’, bila ‘Hijau’, tandanya ‘Jalan’. Namun, adakah kita mematuhinya? Saya yakin, termasuklah diri saya, pasti ada terlanggar isyaratnya juga. Paling kurang pun, dua kali seseorang itu pernah langgar tanda isyarat tersebut.

Seperti juga ‘Arahan’ dan ‘Larangan’ yang telah diturunkan Allah s.w.t kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Arahan dan larangan ini telah dihimpunkan dalam satu mushaf yang dinamakan Al-Quran. Arahan yang ada dalam Al-Quran membawa erti hijau seperti dalam lampu isyarat, bermakna kita boleh lakukan malah akan mendapat balasan berbentuk pahala. Manakala larangan dalam Al-Quran membawa erti merah yang mana kita sangat ditegah dalam melakukannya. Sekiranya dibuat juga, kita akan mendapat dosa.

Sinonimnya sangat hampir dengan kita. Cuba lihat kemalangan yang berlaku di jalan raya. Saya pasti anda semua tahu bahawa di persimpangan yang mempunyai lampu isyarat juga adalah tempat kemalangan yang sering berlaku. Kerana apa ini berlaku? Sudah pasti kerana pemandu kenderaan tersebut melanggar lampu merah tadi. Hal ini juga berlaku dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Apabila seseorang itu melanggar lampu merah daripada Allah, maka hidupnya pasti tak tenteram malah kadang-kadang hidupnya terus hancur di dunia, belum di akhirat lagi!

Padah kalau tak ikut isyarat, sama juga dengan kehidupan beragama. Kalau kita melanggar larangan-Nya, pasti ditimpa bencana.

Mungkin dalam hati saudara juga berkata:

“Ah, betulkah? Aku selalu tengok orang langgar lampu isyarat tu hidup jer, tak berlaku pun kemalangan ke atasnya.”

Ya, mungkin ada benarnya juga kata saudara itu. Namun, apa pandangan saudara sekiranya saudara memandang dari sudut undang-undang jalan raya? Sudah pasti saudara akan mengatakan begini:

“Ish, kenapa la nak langgar lampu isyarat nie. Kan bahaya kalau langgar, tiba-tiba ada kenderaan lain melintas, pasti terlanggar. Dah bazir nyawa di dunia ni.”

Sama juga dalam hidup beragama. Pasti anda akan memandang seseorang itu dengan negatif apabila dia tidak menunaikan solat, tidak berpuasa atau tidak menunaikan zakat. Oleh itu, jalan atau undang-undang yang telah ada dalam isyarat merah dan hijau  dalam Al-Quran sudah begitu cantik disusun dan mudah dituruti, bukannya susah. Semua itu sudah termaktub dalam Al-Quran itu sendiri. Sama juga dengan peraturan lampu isyarat, sudah tercatat dalam Undang-undang Jalan Raya di Malaysia untuk dipatuhi.

Maka, susahkah nak ikut isyarat?

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (An-Nisa’: 59 ).

Photobucket

Mohd Nor Adzim bin Shaari,
Setiausaha,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Nilai

Posted on 24 March 2010, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: