Pasukan Futsal PEMBINA Nilai Meriahkan KASBEM 2010


Pasukan futsal PEMBINA Nilai telah mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Belia Melaka (KASBEM) 2010 yang berlangsung di Kompleks Sukan Ayer Keroh, Melaka pada 20 Mac yang lalu. KASBEM merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PEMBINA Melaka dan mempertandingkan beberapa acara sukan termasuk futsal, bola tampar, sepak takraw, bola jaring dan badminton. Pasukan PEMBINA Nilai terdiri daripada empat orang mahasiswa UIAM dan empat orang lagi daripada USIM.

Seawal pagi lagi semua peserta yang terlibat telah berkumpul dengan semangat yang berkobar-kobar di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk upacara perasmian. Majlis diserikan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi PEMBINA Melaka dan Pengerusi KRIM Melaka serta taklimat ringkas berkaitan dengan acara-acara sukan yang dilaksanakan. Upacara perasmian seterusnya telah disempurnakan oleh wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Usai majlis perasmian KASBEM, para peserta kategori belia kemudiannya bergerak ke lokasi pertandingan acara sukan masing-masing di Kompleks Sukan Ayer Keroh. Bagi acara futsal, semua pasukan yang bertanding dibahagikan kepada tiga  kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada empat pasukan. Hanya juara daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya. Pasukan PEMBINA Nilai telah ditempatkan di dalam kumpulan A yang turut menampilkan beberapa pasukan lain seperti Core 17 dan UTeM.

Semua pasukan beraksi dengan memberikan saingan yang penuh bertenaga di samping  menampilkan semangat kesukanan yang tinggi. Selepas berentap dengan tiga pasukan lain di dalam kumpulan, pasukan PEMBINA Nilai telah mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. Pencapaian ini hampir-hampir melayakkannya ke pusingan seterusnya namun nasib tidak menyebelahi. Akhirnya, pasukan PEMBINA Nilai terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan pulang lebih awal.

Meskipun gagal meraih kemenangan yang diidam-idamkan, pasukan PEMBINA Nilai tetap berpuas hati kerana sudah memberikan usaha yang sehabis baik. Apa yang lebih penting adalah pengalaman berharga yang telah diperolehi serta semangat ukhuwwah yang terjalin di kalangan ahli-ahli pasukan. Pasukan PEMBINA Nilai kemudian bertolak pulang ke Negeri Sembilan dengan membawa balik pengalaman dan kenangan bermakna di KASBEM 2010.

Posted on 2 April 2010, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: