Program Sulung PEMBINA NS di Kolej Negeri Terima Sambutan


Seremban, 12 Mac 2010 – Alhamdulillah, PEMBINA Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Negeri telah berjaya mengadakan Forum ‘Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung’ sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H di peringkat kolej baru-baru ini. Program ini merupakan program sulung PEMBINA NS di Kolej Negeri yang terletak di Seremban 2 dan menyaksikan kehadiran sekitar 60 orang di kalangan staf serta pelajar kolej tersebut.

PEMBINA NS membawakan forum ini dengan objektif untuk menjelaskan kepada para belia yang hadir berkenaan landasan pergaulan dan perkahwinan Islam yang sebenar selain memperkenalkan PEMBINA sebagai sebuah organisasi belia di tanahair. Forum kali ini menampilkan dua orang panelis jemputan Sdr. Norzafry Norhalim (Timbalan Presiden PEMBINA) dan Ustazah Kauthar Jamaludin (AJK PEMBINA NS) bagi mengupas tajuk yang menarik ini serta berkongsi pengalaman mereka dengan para hadirin. Manakala Sdr. Muhammad Arif Hamzah bertindak selaku moderator forum.

Antara persoalan-persoalan yang dibicarakan termasuklah hukum bercinta sebelum kahwin dalam Islam, kekuatan yang perlu ada dalam diri bagi menghindari percintaan sebelum kahwin, ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dalam menilai calon pasangan dan jalan penyelesaian yang Islami terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan. Penyampaian yang bersahaja daripada ahli-ahli panel, sambil diselitkan pengalaman-pengalaman peribadi, berjaya menarik perhatian golongan belia yang hadir. Para hadirin juga berpeluang melontarkan kemusykilan masing-masing melalui sesi soal jawab yang disediakan.

Secara keseluruhannya, PEMBINA NS sangat berpuas hati dengan kejayaan penganjuran program sulung di Kolej Negeri ini yang telah menerima sambutan menggalakkan daripada warga kolej. Diharapkan forum ini berjaya mencapai objektifnya serta mendekatkan lagi PEMBINA NS dengan para belia di negeri ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak HEP Kolej Negeri yang telah sudi menjemput dan memberi ruang kepada PEMBINA NS mengendalikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kolej Negeri.

Posted on 7 April 2010, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: