Bowling Day Out 2011 beri alternatif beliawanis untuk bersukan


Para beliawanis beraksi di atas gelanggang bowling

SEREMBAN, 20 Mac– PEMBINA Negeri Sembilan telah menganjurkan satu pertandingan bowling sesama beliawanis  di U-Bowl Jusco Seremban 2. Program ini disertai oleh para mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program yang diberi nama “Bowling-Day-Out 2011” ini bermula dari 9 pagi hingga 2 petang. Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta dihidangkan dahulu dengan pengisian yang mendidik jiwa bertajuk “Fitrah Wanita Itu Islam” yang disampaikan oleh Saudari Siti Aminah Ahmad, JK Aktivisma Mahasiswa PEMBINA Negeri Sembilan. Antara yang disampaikan ialah tentang kewajipan para mahasiswi mempertahankan identiti diri mereka sebagai wanita muslimah di mana sahaja mereka berada serta menjaga nama baik sebuah universiti Islam. Konsep menutup aurat dalam Surah an-Nur, ayat 31 turut dikupas dengan panjang lebar.

11 kumpulan telah bersaing sekuat azam bagi melakukan yang terbaik biarpun ada di kalangan peserta yang baru pertama kali beraksi di atas gelanggang bowling. Pertandingan berakhir dengan sedikit ucapan tentang pengenalan PEMBINA oleh Wakil Beliawanis PEMBINA USIM merangkap pengarah program, Saudari Maryam Jameelah Ali Sabri diiringi dengan sesi penyampaian hadiah.

“PEMBINA berhasrat mengumpulkan para beliawanis muda yang berjiwa luhur demi menyalurkan kefahaman Islam yang jitu dan murni kerana kita percaya di tangan kita semua lah jatuh bangun nilai sebuah bangsa,” ujar Saudari Maryam.

Rata-rata para peserta cukup teruja mengikuti program ini yang menampilkan sedikit kelainan di samping menyediakan saluran untuk mahasiswi beraktiviti tanpa menjejaskan imej mereka sebagai wanita Muslimah. Setelah usai solat zohor secara berjemaah, para peserta dijamu dengan jamuan BBQ yang cukup menyelerakan di Taman Awam IJM Land.

Tahniah kepada semua peserta mahasiswi yang telah berjaya membawa pulang hamper-hamper untuk tiga tempat teratas , 10 individu terbaik, serta kepada semua peserta yang telah menjayakan aktiviti Bowling-Day-Out 2011 ini. InsyaAllah, ukhwah yang terjalin ini akan mempertemukan kita kembali dalam program dan aktiviti PEMBINA pada masa akan datang.

Penganjur “Bowling-Day-Out 2011”,

PEMBINA Negeri Sembilan.

Posted on 26 April 2011, in Aktiviti. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Salam..tahniah atas kejayaan akhawat menjayakan program bowling tersebut walaupn terdapat sedikit masalah..Maaf sbb x dapat join sbb mgalami sedikit masalh kesihatan..Insya-Allah untuk program yang akan datang, ana akn cuba menghadirkan diri..Moga dapat menarik lebih ramai beliawanis ke arah kesepakatan Melayu dan kedaulatan ISLAM..Insya-Allah..

  2. Slm. mabruk buat team akhawat yang berjaya mengumpulkan beliawanis dari USIM.Dan yang lebih menarik, dapat membawa sekali pasukan dari Bahagian keselamatan USIM..

    Insha ALLAH..suatu hari nanti, PEMBINA bakal dikenali di USIM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: