Hebahan: Kursus Pra Perkahwinan Smartstart


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung..

Khas buat para pengunjung yang akan melangsungkan Hari Bahagia anda pada tahun ini. InshaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seremban dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPK) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan Smartstart khas buat bakal suami isteri yang akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Bukan itu sahaja, para pengunjung yang juga sudah berumah tangga yang baru berusia kurang 5 tahun juga boleh mendaftar. Yuran hanya RM25 seorang.

Pendaftaran sudah dibuka dan anda boleh hubungi Pn. Suria Irdayu Ahmad Zaidi di talian 019-2759117. Pendaftaran adalah terhad kepada 25 pasangan sahaja atau 50 orang. Jadi, segerakan pendaftaran anda kepada wakil di atas.

Di bawah ini kami senaraikan secara ringkas tajuk-tajuk yang akan dibentangkan semasa kursus ini nanti:-

Hari Pertama

  • Pengenalan: Apakah itu Perkahwinan?
  • Mengenali Dirimu
  • Meneroka Harapan Kita
  • Menangani Konflik dan Cabaran

Hari Kedua:-

  • Ingat! Luahkan Perasaan Anda
  • Membina Kemesraan
  • Mengurus Sumber Manusia
  • Maklumat Undang-undang Keluarga

Kepada mereka yang berminat, sekali lagi anda boleh hubungi wakil di atas. Untuk maklumat lanjut tentang kursus ini, anda juga boleh bertanya dengan wakil di atas. InshaAllah, moga dengan kehadiran anda ke program ini akan mendapat berkat serta ilmu yang mampu menjadi bekal buat bakal suami isteri yang bakal melayari nakhoda keluarga yang penuh cabaran onak dan duri. Adalah menjadi harapan kami dari PEMBINA buat belia-beliawanis yang akan melalui jalan ini untuk menetapkan matlamat buat perkahwinan anda dengan menjadikan matlamat ‘Keluarga Sakinah’ dalam pembinaan keluarga nanti.

Selamat Melayari Bahtera Bahagia!

Admin PEMBINA N.Sembilan
pembinan9@gmail.com
 

Posted on 28 April 2011, in Hebahan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: