Kursus Lepasan SPM (KLS’11) membantu para belia untuk tetapkan Matlamat


En. Zul Alwi bersemangat menyampaikan perkongsian beliau

SEREMBAN, 24 April- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Lepasan SPM (KLS’11) yang bertempat di Murni Training Centre, Senawang.

Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini. Kursus ini diadakan bagi tujuan untuk membantu para pelajar lepasan SPM, lepasan Matrikulasi mahupun lepasan Diploma dan STPM untuk menetapkan matlamat mereka dalam memburu kejayaan di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Kursus telah dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Pengerusi KRIM N9, Taklimat dalam memilih Institut Pengajian Tinggi sama ada Awam mahupun Swasta (IPTA/S), Ke manakah Anda selepas SPM?, Cabaran dan Transisi ke Alam Universiti, Belia Harapan Negara, Management Skill Gamen dan diakhiri dengan Ucapan Penutup daripada Pengerusi PEMBINA N9.

Antara slot yang menarik para peserta ialah Ke manakah Anda selepas SPM? yang telah disampaikan oleh En. Mohd Zul Alwi Mat Adam, bekas AJK PEMBINA Selangor. Penceramah menekankan bahawa para peserta sudah mula menetapkan matlamat dari sekarang agar laluan untuk mencapai matlamat tersebut tidak tersasar. Beliau yang juga merupakan Jurutera PETRONAS serta Pengusaha Perniagaan Kambing amat memotivasikan para peserta agar tidak meninggalkan agama dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

Selain itu, slot Belia Harapan Negara yang dijemput khas oleh pihak pengajur iaitu Tn. Haji Norzafry Norhalim, Presiden PEMBINA Pusat turut mendapat perhatian oleh para peserta. Kupasan beliau mengenai realiti semasa belia di Malaysia ini telah menyemarakkan semangat para peserta untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi kelak. Antara perkongsian beliau dengan para peserta ialah perjalanan beliau untuk menunaikan Haji dalam usia yang muda telah menarik para peserta untuk mencontohi beliau, apatah lagi perjalanan Haji beliau itu bermula dari Australia, tempat pengajian beliau ketika itu.

Kursus tersebut diakhiri dengan ucapan oleh Pengerusi PEMBINA N.Sembilan, En. Mohd Firdaus Sabturani yang telah memperkenalkan PEMBINA kepada para peserta sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia yang bergerak di IPTA/S seluruh negara bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk meningkatkan mutu sebagai seorang belia Muslim yang berkualiti. Moga para belia yang mengikuti kursus sehari ini akan berjaya pada masa hadapan. InshaAllah.

Admin PEMBINA N.Sembilan
pembinan9@gmail.com

Posted on 1 May 2011, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: