Belia kini adalah penerus Generasi Murobbi


Al-Fadhil Ustaz Mohd Azizee Hassan sebagai penceramah jemputan.

SEREMBAN, 19 MAC– Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan telah menganjurkan satu Seminar di Kompleks ISMA Seremban yang mana telah membuka minda dan melapangkan lagi kefahaman para Belia khususnya terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Dakwah dan Tarbiyah. Seminar ini telah telah disertai oleh mahasiswa-mahasiswa dari USIM, UNITI, UIA dan pelajar-pelajar SDAR.

Seminar “INSTANT MURABBI” ini telah bermula dari seawal 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Segala pegisian telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azizee Hasan, NYDP ISMA Seremban juga merupakan penulis buku “Tarbiyah dari ZERO ke HERO”. Seminar ini telah dibahagikan kepada tiga sesi yang mana setiap sesi telah dibentangkan dengan tajuk-tajuk yang amat menarik iaitu Tarbiyah dari ZERO ke HERO, Ada apa dengan USRAH, dan Bagaimana menjadi Murabbi Hebat.

PEMBINA telah meletakkan objektif  dari Seminar ini adalah untuk membuka kesedaran kepada para belia khususnya bahawa mereka adalah generasi penerus sebagai Murabbi dalam perjuangan Dakwah dan Tarbiyah. Maka setiap perjuangan memerlukan kepada langkah-langkah dan ciri-ciri yang bersesuaian agar mereka dapat melaksanakan segala tanggungjawab mereka dengan lebih lancar dan berkesan.

Interaksi dua hala antara para peserta dan tuan penceramah dalam mengupas isu-isu ini telah membawa kefahaman dan faedah yang lebih banyak kepada peserta lain yang turut serta, ia juga menampilkan sifat ingin tahu yang kuat dari para peserta terhadap isu-isu ini.

Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Penceramah dan syabas kapada para peserta kerana bersama-sama menjayakan Seminar “INSTANT MURABBI”, moga ia memberi kesedaran dan pengisian yang berguna dengan harapan ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai MURABBI.

Peserta lelaki yang hadir.

Peserta wanita yang hadir.

 Media PEMBINA N.Sembilan

Posted on 7 June 2011, in Berita Ahli. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: