Malaysia Tewaskan Lubnan 2-1


Oleh: Afizhi Atan


Bukit Jalil, 23 Jun– Setingg-tinggii kesyukuran ke hadrat ilahi dan segunung tahniah buat pasukan Harimau Malaya (Junior) yang bertungkus lumus memastikan kemenangan menentang kumpulan dari asia barat, Lubnan berakhir dengan kemenangan 2 gol berbalas 1. Pemain yang dibarisi skuad bimbingan Ong Kim Swee begitu jelas memaparkan permainan bertaraf dunia walaupun pada separuh masa kedua hanya bermain dengan 10 orang pemain apabila Gary Steven Robbat dilayangka kad merah oleh pengadil dari Jepun.

Separuh masa pertama menyaksikan gaya serangan daripada anak buah kendalian Ong Kim Swee menggunakan pelbagai taktik serangan apabila kekecehon di hadapan gawang Lubnan memastikan Irfan Fazali menghukum Lubnan dengan tendangan kaki kanannya  yang cukup padu pada minit ke-8. Namun Lubnan membalas serangan melalui sebelah kiri yang hampir-hampir menewaskan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, namun gawang hanya bergegar apabila sepakan padu dari sebelah kiri oleh Haidar sekadar terkena palang.

Lubnan sekali lagi dihukum apabila Gurusamuy dengan begitu bersahaja menghantar bola kearah pintu gawang dan disambar oleh Wan Zack Haikal dan menghasilkan gol kedua buat Malaysia pada minit ke -41. Namun, pada masa kedua Malaysia hampir tertekan apabila Gary Steven dilayangkan kad dan diarah keluar padang dan serangan Lubnan berhasil pada minit ke-61 hasil tandukan Chandie Atie. Bagaimanapun, kecekapan pertahanan negara yang dikemudi Muslim Ahmad dan Fadhli Shas begitu kukuh untuk meranapkan harapan Lubnan.

PEMBINA mengucapkan jutaan tahniah buat pemain Malaysia, namun harus diingat akan ada lagi perlawanan di peringkat seterusnya. Kami mendoakan yang terbaik buat pemain muda Malaysia. Harimau Malaya Boleh.

Posted on 24 June 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: