Daftar segera sebelum 2 Ogos 2011


Seremban, 6 Julai- Pemangku Ketua Pembina Negeri Sembilan, Mohd Nor Adzim menyeru semua ahli PEMBINA agar mebuat semakan semula pendaftaran keahlian mereka dan membuat bayaran yuran keahlian dengan segera.

Sebelum ini, Mesyuarat Agung Luar Biasa PEMBINA telah diadakan di PKNS Bangi yang telah melihatkan beberapa usul telah dipinda antaranya kategori ahli dan kemasukan PEMBINA sebagai sayap belia ISMA. Pindaan itu menyebabkan keahlian PEMBINA perlu disemak semula bagi membolehkan organisasi berjalan lancar mengikut prosedur ditetapkan.

“Kita diberi masa sehingga sebulan selepas mesyuarat agung tersebut, untuk buat semakan dan ahli diminta untuk mebuat pembayaran sebanyak RM 5. Kegagalan membuat demikian akan membuatkan ahli yang aktif kekal sebagai ahli biasa dan tidak layak memgang jawatan serta mengundi dalam tempoh setahun” kata beliau ketika mempengerusikan mesyuarat PEMBINA Negeri Sembilan disini, semalam.

Oleh yang demikian, semua ahli dipertanggungjawabkan mengingatkan ahli yang lain agar segera membuat semakan kepada Setiausaha PEMBINA Negeri Sembilan secepat mungkin.

Posted on 7 July 2011, in Berita Ahli. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: