Kafe Cinta didik belia batas syariat dalam pergaulan


Image

SEREMBAN – Menyedari bahayanya pergaulan bebas di kalangan golongan muda yang boleh mendorong kepada pelbagai masalah sosial, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) terpanggil untuk menganjurkan program Kafe Cinta di Pusat Dakwah Islamiah Paroi baru-baru ini.

Program ini telah dihadiri oleh hampir 400 peserta dari kalangan belia dan remaja dari sekitar Negeri Sembilan.

Pengarah program, Muhammad Mabrur Ahmad berkata, Kafe Cinta ini diadakan bagi menerangkan kepada golongan muda akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. .

“Sikap meremehkan hukum syariat dalam pergaulan telah menyumbang kepada gejala seperti seks luar nikah, buang bayi, rogol dan macam-macam lagi,” katanya.

Satu pembentangan mengenai gejala zina di Malaysia telah dibentangkan oleh Ustaz Norazman Amat daripada Unit Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Acara kemuncak program ini ialah forum yang menampilkan Fatimah Syarha (novelis terkenal tanahair), Ustaz Sarip Adul (Yang Dipertua ISMA Sabah) dan Omar Kassim (Setiausaha ISMA Seremban).

Menurut seorang ahli PEMBINA, Mohd Firdaus Sabturani, penganjuran Kafe Cinta ini amat tepat pada masanya bagi mendidik golongan muda yang dilihat semakin menyimpang dari agama.

“Islam tidak pernah menafikan perasaan cinta dalam diri manusia, namun perlu dipandu mengikut landasan syariat yang sahih,” katanya.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Zamani Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Unit Korporat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Posted on 9 April 2012, in Aktiviti, Berita Ahli, Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: